Categories: Sihat

Periksa Perubahan Mata Anak Anda, Kanser Retinoblastoma Boleh Menyebabkan Mereka Buta!

Kanser Retinoblastoma, pernah atau tidak anda mendengar nama penyakit ini?

Barangkali ramai tidak mengetahui tentang kewujudannya tambahan pula ia sangat jarang berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat satu kes di mana penyakit ini hampir menggelapkan masa depan seorang bayi berusia sembilan bulan yang dikhabarkan bakal kehilangan mata kirinya kerana kanser ini!

Faraz Ahmed, bayi berusia sembilan bulan yang berasal dari Pakistan, telah didiagnos dengan kanser Retinoblastoma selepas berlaku pembengkakan pada mata kirinya.

Sebelum itu, dia merupakan seorang bayi yang normal. Jika perkara sebegini boleh berlaku kepada Faraz, tidak mustahil anak anda juga berisiko.

Foto: BMJ Best Practice

Apa tanda kanser mata Retinoblastoma pada kanak-kanak?

Retinoblastoma adalah kanser yang menyerang kanak-kanak. Kerana ia merupakan kanser yang jarang berlaku, ujian untuk mengesan kanser ini belum lagi dilakukan.

Tapi, ibu bapa boleh mengesan kanser mata ini lebih awal. Jadi, penting untuk anda sering periksa perubahan pada mata anak anda.

Ini antara beberapa tanda yang perlu anda perhatikan:

  • Bila terkena cahaya, bahagian anak mata dengan Retinoblastoma akan nampak putih atau merah jambu (biasanya merah).
  • Mata malas, iaitu apabila mata kelihatan dalam arah yang bertentangan
  • Masalah penglihatan
  • Rasa sakit di mata
  • Putih mata nampak kemerahan
  • Pendarahan mata
  • Mata yang kembang
  • Anak mata yang tidak mengecut apabila terdedah kepada cahaya
  • Iris yang berwarna berbeza

Jika anda melihat tanda-tanda ini berlaku pada mata anak, cepat bawa anak ke hospital untuk diperiksa.

Sebagai ibu bapa, anda dinasihatkan untuk perhatikan apa saja perubahan pelik yang berlaku pada keadaan fizikal anak-anak kerana keprihatinan anda dapat menyelamatkan nyawa dan masa depan mereka.

Sumber: The Asian Parent

Yanie Baharom