Categories: SemarakSihat

Resepi Menu Sahur Yang Berkhasiat Oleh Kevin Zahri. Yang Penting Kenyang Lebih Lama!

Pada bulan Ramadan ini, sudah pasti kaum wanita antara yang paling sibuk memikirkan menu yang sesuai untuk disajikan kepada keluarga, khususnya untuk bersahur.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang memandang ringan kepentingan bersahur, tetapi ketahuilah bahawa sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.

Menu sahur juga perlu berkhasiat ya! Barulah badan kita bertenaga sepanjang hari. Biasanya anda mesti akan makan nasi waktu sahur untuk dapatkan tenaga kan?

Kali ini penulis nak kongsikan resepi yang simple, cepat, berkhasiat dan paling penting sekali memberi impak kenyang yang lebih lama. 

Ini perkongsian oleh perunding kesihatan terkenal Kevin Zahri mengenai resepi Oatmeal yang merupakan menu yang berkhasiat ketika sahur. Jom kita tengok bagaimana Kevin Zahri menyediakan menu ini.

Bahan-bahannya:

4 sudu besar Instant Quaker Oatmeal

Air panas

Susu biasa atau susu almond

Sedikit kacang badam

Sedikit chocolate chips

2 biji kurma saiz sederhana

Cara-caranya:

1. Masukkan Instant Quaker Oatmeal ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan sedikit kacang badam, chocolate chips dan kurma ke dalam mangkuk tersebut dan kacau.

3. Siap untuk dihidangkan!

Mudah sahaja kan? Selain daripada oats, anda juga boleh makan makanan jenis karbohidrat yang lain seperti nasi perang, roti perang dan cereal kerana ia hadam dengan lebih lama dalam badan kita. 

Selamat mencuba!

Sumber: Kevin Zahri

tex_admin