Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom October 9, 2018 @ 2:00pm

Suhu Badan Panas Tetapi Bukan Demam, Bagaimana Gejala Ini Boleh Berlaku?

Pernahkah anda mengalami kondisi di mana badan panas seolah-olah demam tapi tak terasa sakit atau lemah di bahagian tertentu?

Jangan ambil mudah, anda mungkin mengalami tanda-tanda seperti di bawah tanpa anda sedari.

Dehidrasi

Dehidrasi dapat menjadi penyebab suhu badan hangat walaupun tidak berasa sakit. Jika tubuh anda seharusnya menerima bekalan air 60-70 % air, akan tetapi cairan dalam badan kurang daripada nisbah itu ia boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat sekaligus membuatkan nafas berdegup kencang, sakit kepala, kelelahan, kejang, selain berdepan kesukaran membuang air kecil.

Kelelahan

Lelah secara fiziknya dapat mengakibatkan badan panas. Semak kembali bagaimana jadual kegiatan anda sehari-hari apakah anda sudah mendapatkan rehat yang cukup.

Bila kelelahan berlaku secara ekstrem, maka ia juga mempengaruhi perubahan suhu badan menjadi panas.

Berjemur Terlalu Lama

Berjemur di luar terlalu lama, antara punca suhu badan mendadak. Ia salah satu bentuk dehidrasi dan anda perlu minum air putih secukupnya.

Datang bulan

Wanita yang datang bulan, bukan saja mengalami perubahan horman bahkan suhu badan. Ia adalah sesuatu yang normal tetapi sekiranya keadaan berlanjutan segera bertemu dengan doktor.

Jangkitan

Suhu badan panas tetapi tidak berasa sakit, mungkin salah satu puncanya anda terkena jangkitan dibahagian yang berkaitan dengan gejala ini. Jika berdepan masalah ini atau terasa apa saja keanehan sedang berlaku pada tubuh, segera berjumpa doktor!

Kesan sampingan ubat

Kesan sampingan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan panas badan. Justeru jangan sembarangan mengambil ubatan atau makanan sampingan tanpa merujuk kepada doktor.

Cara Mengatasi Panas Badan

Foto: mytonic.com

1. Minum banyak air putih.

Jika anda jarang minum, bahaya dehidrasi bila-bila masa boleh terjadi. Justeru dapatkan air putih secukupnya seperti disarankan 8 hingga 10 gelas dalam sehari bagi memastikan bekalan air di dalam tubuh sentiasa mencukupi.

2. Dapatkan rehat secukupnya

Bila badan terlalu letih anda perlu memastikan badan mendapat rehat yang secukupnya untuk mengembalikan tenaga sekaligus badan lebih relaks.

Foto: POPSUGAR Australia

3. Periksa suhu badan

Bila suhu badan melebihi 37 darjah Celsius dalam tempoh waktu yang cukup lama, anda perlu mendapatkan ubat menurunkan haba badan yang perlu dimakan 3 kali sehari.

4. Jalani pemeriksaan doktor

Jangan ambil mudah tentang kesihatan anda. Jika berasa lain macam, dapatkan nasihat doktor kerana golongan bertauliah ini akan memberitahu anda puncanya.

Misalnya anda mungkin mengambil ubat-ubatan yang tidak sesuai dengan badan. Sayangi dan prihatin terhadap diri sendiri dapat mencegah sebelum terlewat!

Foto: Learn Mandarin Now

Sumber: Halo Sehat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Sun, 24 Jun 2018

Tak Selesanya Ada Ketuat, Ini Dia 3 Petua Menghapuskannya

Ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.

Featured Wed, 19 Dec 2018
Sihat Wed, 19 Sep 2018

Tertelan Gula-Gula Getah Boleh Meragut Nyawa, Itu Berita Mengarut Tapi…

Gula-gula getah hanya sedia dinikmati sekiranya anak anda berusia lima tahun ke atas.

Sihat Fri, 25 Jan 2019

5 jenis makanan yang perlu dielak untuk dinikmati pada waktu malam

Jika anda ingin menguruskan badan, ikuti panduan ini.

Featured Tue, 5 May 2020

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Gunakan masa ‘terperap’ di rumah untuk jadi lebih sihat

Featured Wed, 5 Dec 2018
Featured Mon, 4 Mar 2019
Sihat Fri, 24 May 2019

Tak rasa lapar walaupun saat berbuka, ini rahsia Yasmin Hani kekal bertenaga dan aktif

Panduan Yasmin Hani ini amatlah sesuai bagi mereka yang hendak berdiet!

Sihat Thu, 18 Oct 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadikan Air Kosong Minuman Utama Anda

Jadikan minum air kosong sebagai tabiat anda!

error: Content is protected !!