Categories: Sihat

Susah Nak Tidur Pada Waktu Malam? 5 Makanan Ini Boleh Bantu Pesakit Insomnia

Mungkin anda rasa tak ramai dalam kalangan anda yang mengalami insomnia, tapi ia merupakan satu gangguan yang rumit.

Walaupun ia tidaklah membahayakan kesihatan, kualiti hidup pesakit akan terjejas kerana ia menyebabkan kepenatan, stress dan juga kemurungan.

Ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan insomnia seperti kafein, lemak dan gula. Jika anda mengalami insomnia, elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi bahan ini, ya!

Dan jangan risau, kerana ada juga beberapa makanan yang boleh melawan balik gangguan ini tidur ini. Jadi anda hanya perlu mengubah diet anda untuk mendapatkan tidur yang lena.

Jom tengok apakah bahan makanan ini.

1. Buah ceri

Buah yang sedap ini pernah dikaitkan dengan tidur yang lebih lena. Ini adalah kerana buah ceri mengandungi melatonin yang bertanggungjawab untuk menselaraskan body clock dan kitaran tidur kita. Banyak kajian menunjukkan yang orang yang meminum jus ceri mempunyai kadar melatonin yang bertambah dan dapat tidur dengan lebih nyenyak. Anda boleh meminum jus ceria tau kerap makan ceri sebagai snek; tengoklah ia efektif atau tidak.

2. Badam

Badam mengandungi magnesium, penenang otot (muscle relaxant) semulajadi yang mengandungi ciri-ciri anti-stres. Kajian membuktikan yang magnesium berbentuk supplement boleh memperbaiki langkah subjektif untuk insomnia, seperti jumlah masa tidur dan keberkesanan tidur, terutamanya dalam kalangan orang tua. Tambahkan buah badam ke dalam bijiran sarapan anda, gantikan susu biasa dengan susu badam dan makan badam sebagai snek jika anda lapar di siang hari.

3. Oat

Foto: Dailyentertainment.me

Ini juga mengandungi banyak magnesium termasuklah potasium, jadi ia memang ideal untuk pesakit insomnia. Walaupun ia merupakan makanan sarapan, ia mengandungi karbohidrat dan serat, sesuai untuk makan malam atau supper.

4. Pisang

Walaupun pisang dilihat sebagai makanan kesihatan yang membekalkan tenaga, ia juga kaya dengan potasium, magnesium dan tryptophan yang membolehkan anda tidur dengan lebih baik. Tambahkan pisang kepada sarapan bijirin oat anda supaya kesannya lebih efektif.

5. Valerian

Foto: Dailyentertainment.me

Akar tumbuhan ini telah digunakan sebagai supplement herba untuk beratus tahun lamanya dan fungsinya adalah untuk merawat insomnia dan kebimbangan. Ia telah dibuktikan efektif dalam beberapa kajian perubatan tentang insomnia. Lazimnya ia diambil dalam bentuk teh tapi ia juga boleh dimakan dalam bentuk pil. Selain itu, ia boleh diperolehi dalam bentuk cecair, dengan kadar konsentrasi yang berbeza. Seelok-eloknya ambil sejam sebelum tidur untuk dua minggu dan lihat kesannya.

Sumber: Dailyentertainment.me

Ad Ops