Categories: FeaturedGaya Hidup

Kasut Tumit Tinggi Penuh Glam Ini Boleh Dimakan! Tak Percaya? Lihat Sendiri Cara Pembuatannya

Sekali imbas, kasut ini nampak macam mahal disebabkan oleh elemen glitter di permukaannya. Ketinggian stilettonya pun bukan main lagi!

Tahukah anda? High heels ini sebenarnya diperbuat daripada coklat dan memang boleh dimakan! Betul, tak tipu!

Kasut-kasut ini merupakan hasil keluaran syarikat Cacao & Cardamom Chocalatier yang terletak di Houston, Texas dan khusus dalam pengeluaran coklat premium.

Anda boleh tengok sendiri di dalam video ini bagaimana pekerja-pekerjanya dibuat. Unik betul!

Betullah. Sebelum ini, memang ada coklat yang dihidangkan dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk haiwan. Kalau haiwan boleh buat, bentuk high heels pun mestilah boleh. Asalkan ada acuannya.

Selain kasut tumit tinggi, syarikat ini juga menghasilkan coklat dalam bentuk kasut lelaki serta purse wanita. Comel sungguh!

Sumber: Food Insider

Ad Ops