Categories: Eat TravelSemarak

Sebelum Bertempur Di Dapur, Jom Jenguk-Jenguk Resepi Tradisi Rendang Tok

Tanpa hidangan yang satu ini, perayaan Aidilfitri anda pastinya hambar. Ibaratnya seperti tidak beraya kerana hidangan ini jugalah yang dimakan bersama nasi impit, lemang, ketupat nasi dan ketupat daun palas.

Agak-agak sudah jemu dimakan bersama hidangan yang disebutkan, rendang juga enak dimakan bersama nasi panas-panas.

Foto: resepidaria

Interesting-nya hidangan istimewa Hari Raya ini, di Malaysia saja terdapat lebih daripada 10 jenis rendang antaranya rendang ayam Minangkabau, rendang tok dan rendang ayam kerisik, rendang daging dan ayam Rembau.

Selain rendang daging Mamu dan nyonya, rendang berempah hitam Pasir Mas, rendang ayam serai, rendang ayam Gelang Patah dan rendang hati. Pokoknya signature rendang d isetiap negeri berbeza-beza.

Rendang Minang – Foto: Resep Rendang

Sempena Ramadan yang bakal melabuhkan tirainya dan berbaki sehari saja lagi, pasti ramai yang bertempur di dapur malam ini untuk memasak rendang.

Hijab & Heels ingin berkongsi resepi membuat rendang tok yang sangat popular di kalangan masyarakat Utara terumanya Perak. Berbanding menu rendang yang lain, Rendang tok adalah yang paling mudah disediakan. So let’s check it out!

Bahan-bahan

500 gram daging lembu

2 cawan santan pekat

3 sudu besar kerisik

2 sudu besar gula merah

2 keping asam gelugor

2 helai daun kunyit

Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar

15 biji cili kering

10 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

3 batang serai

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu kecil lada hitam

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 gelas air

Cara membuatnya:

Kisar kering ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga halus. Kemudian kisar bahan basah cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas dan halia bersama sedikit air. Kisar sehingga halus. 

Selepas itu masukkan ke dalam kuali bersama bahan kisar kering iaitu gula merah dan daging. Kacau rata kemudian curahkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.

Apabila kuah menjadi pekat masukkan asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata hingga semuanya sebati lalu masukkan pula hirisan daun kunyit  ke dalam rendang. Kacau rendang sampai kering. Dah siap! 

Sumber: YouTube 

Yanie Baharom