Categories: Sihat

Tak Selesanya Ada Ketuat, Ini Dia 3 Petua Menghapuskannya

Ketuat atau ‘warts’ merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita.

Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

Menurut pakar Perubatan dan Penyakit Kulit, Klinik Perubatan dan Kulit Cheras, Dr. Saadiah Sulaiman, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).

Mana-mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama di tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.

Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat. Begitu juga mereka yang sering terdedah kepada kotoran.

Kebiasaanya, ketuat ini akan hilang atau gugur sendiri selepas enam hingga 12 bulan. Ia juga tidaklah berasa sakit, tetapi mungkin bagi sesetengah orang ketuat adalah satu benda asing yang menjelekkan.

Hijab & Heels kali ini kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan ketuat secara alami.

Petua 1

Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.

Foto: AOL.com

Petua 2

Gunakan kapur sirih untuk disapu ke atas ketuat. Biarkan ia mengering sendiri. Amalkannya sehingga ketuat mengering dan gugur dengan sendirinya.

Foto: Info Sihat

Petua 3

Ambil daun kesum dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan sebatikannya. Sapu campuran tersebut ke atas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkannya sehingga ketuat gugur sendiri.

Foto: Resep Masakan

Sumber: Utusan Online

Yanie Baharom