Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 9, 2023 @ 11:52am

Single Pertama Puteri Balqis Buat Peminat Sendu – “Mantap Dik Lagu Meremang”

Pelakon Puteri Balqis tampil dengan single sulungnya yang berjudul Rinduku selepas 12 tahun menghiasi industri lakonan tanah air.

Lagu yang dihasilkan di bawah naungan syarikat rakaman Rusa Music itu telah ditulis oleh penulis lirik Arnab Santai.

Baru sahaja dimuat naik menerusi platform Youtube dua hari yang lalu, lagu Rinduku itu sudah mula menerima pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di TikTok, Rusa Music menyatakan penyampaian dan lirik lagu lirik tersebut merupakan luahan ikhlas dari hati Balqis.

“Lirik ikhlas dari hati Puteri Balqis Ashikin,” tulisnya.

@rusamusic Replying to @msbabyboo_ Lirik ikhlas dari hati ❤ @Puteri Balqis Ashikin #rusamusic #rusamvm #rinduku #puteribalqisrinduku ♬ Rinduku – Verse – Puteri Balqis

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mengakui tersentuh dan memuji nyanyian Balqis.

Setakat artikel ini ditulis, single pertama Puteri Balqis itu sudah menerima sebanyak 133,000 tontonan dan 10 ribu tanda suka di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

‘Kekuatan Saya Terletak Pada Lagu Macam Ini’- Andi Bernadee

Saya tak kisah apa orang nak cakap, saya tahu apa yang saya buat…

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Thu, 7 Aug 2025
Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Fri, 1 Aug 2025

Watak ‘Jahat’ Nelydia Senrose Dalam Drama Seindah Hujan Cinta Buat Netizen Sakit Hati!

Nelydia Senrose dipuji bawa watak jahat dalam drama Seindah Hujan Cinta

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Ooo…Ini Rupanya Sebab Kenapa Aiman Tino ‘Cuti’ Panjang

Aiman Tino tak mahu masalah jadi berpanjangan sebab itulah dia terpaksa berehat.

error: Content is protected !!