Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 9, 2020 @ 10:47am

Siri Animasi Ejen Ali Terbang Ke China

Primeworks Studios dan WAU Animation mengumumkan satu lagi kejayaan apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan platform penstriman video dalam talian terbesar China; Tencent Video, di dalam perjanjian perkongsian kandungan bersama CAWRO, sebuah syarikat kandungan dan jenama kanak-kanak terkemuka dan diiktiraf di China sebagai pengedar rasmi program antarabangsa dengan persetujuan membawa masuk siri animasi  Ejen Ali untuk tayangan pasaran di China.

Ini merupakah langkah pertama Ejen Ali menembusi pasaran hiburan di China, dan seperti diketahui permintaan untuk kandungan video dalam talian di platform OTT di China berkembang sangat pesat ketika ini dan menjadi platform pilihan utama bagi pengiklan-pengiklan, dan trend ini dijangka akan berkembang dengan stabil dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini terbukti apabila siri Ejen Ali muncul sebagai salah satu daripada tiga program luar negara yang meraih kedudukkan rating penonton tertinggi di platform ini dalam tempoh empat hari tayangan di Tencent Video.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata:

“Berikutan sambutan positif penonton terhadap filem Ejen Ali The Movie tahun lalu, kami merasa ini adalah masa yang tepat bagi mengorak kerjasama dengan CAWRO dalam strategi untuk mengembangkan jenama Ejen Ali ke peringkat antarabangsa.

“Sudah sampai masa untuk animasi terbitan anak Malaysia seperti yang dihasilkan oleh rakan kreatif kami WAU Animation untuk bergerak lebih jauh, mendapat lebih banyak peluang dan perhatian antarabangsa.

“Ini selaras dengan komitmen kami untuk membawa hanya kandungan terbaik Malaysia ke peringkat dunia dan secara tidak langsung memperkenalkan perniagaan pelesenan dan  jenama di rantau in.”

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin, menambah:

“Ia semestinya sesuatu yang menggembirakan apabila mendapat tahu Ejen Ali akan ke China dan secara tidak langsung kami dapat mengembangkan sasaran penonton baru di peringkat antarabangsa.

“Kami berharap siri Ejen Ali dapat diterima dengan baik oleh pengguna Tencent Video di China. Tentu sekali impian kami adalah untuk membawa Ejen Ali The Movie ke layar filem di sana, namun memandangkan keadaan sekarang  ketika negara dan industri hiburan bergerak ke tahap pemulihan dari pandemik COVID -19, harapan kami agar impian ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.”

Ejen Ali mengisahkan mengenai seorang budak lelaki bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan alat perisik, IRIS, milik agensi pengintipan, MATA. Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia.

Siri animasi Ejen Ali mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, siri ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara.

Populariti siri Ejen Ali ini juga telah menyakinkan pihak produksi menghasilkan tiga permainan bagi alatan mudah alih yang yang telah meraih lebih dari 7 juta muat turun sehingga kini menerusi aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store.

Kejayaan siri ini seterusnya direalisasikan oleh kutipan box-office melalui filem Ejen Ali The Movie yang dilancarkan pada Disember 2019, telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak USD8 juta di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.

Siri Ejen Ali mula bersiaran di Tencent Video China bermula dari 1 Disember 2020  dan dialih bahasa kepada Bahasa Mandarin dalam usaha menarik minat penonton di China khususnya kanak-kanak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Setiap orang berhak bahagia kan.. Siapa pun pilihan mereka, kita doa je baik baik 🥰☺️

Trending Wed, 26 Jun 2019

Kondominium Setapak Ria Berhantu, Lelaki Kongsi Pengalaman Seram Ditemani Hantu Kanak-Kanak Cina

tak sangka kejadian macam ni betul-betul berlaku ingatkan dalam filem je.. 

Trending Sun, 24 Apr 2022

Nelayan Warga Asing Ceroboh Perairan Negara, RM2 Juta Hasil Laut dan Diesel Dirampas

Hasil laut,diesel RM2 juta dirampas, nelayan warga asing ditahan.

Trending Thu, 6 Feb 2020

情人节DIY心形美味餐点!让另一半感受你满满的爱意

除了在外吃情人套餐,在家动动手准备一份情人特餐,更添浪漫气氛喔!

Featured Wed, 29 Sep 2021

“Bila Dah Kena Baru Tahu..” – Akui Pernah Jadi Antivaksin, Abang Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners

Umum maklum keadaan abang kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous Raisuddin, 40, yang bertarung melawan Covid-19 pada Ogos lalu. Namun baru baru ini, Firdous tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran langsung di Facebook miliknya. […]

Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Famili Duo 4: Pertarungan Antara Tomok & Sharul, Ayie & Salma Serta Shiha & Ieda.. Siapa Bakal Bergelar Juara?

Shiha Zikir & Ieda Zikir, Tomok & Sharul Kamal, serta Ayie Elham & Salma Asis akan bersaing untuk merebut gelaran juara Famili Duo 4.

Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

error: Content is protected !!