Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 20, 2024 @ 5:26pm

Siti Nurhaliza, Abby Abadi, Fasha Sandha & Nora Danish.. Semua Cantik Macam Bidadari! Yayasan Nurjiwa Terima Sumbangan RM500,000 Khas Untuk G*za

Tiga selebriti cantik, Abby Abadi, Fasha Sandha dan Nora Danish menyerahkan bantuan kepada keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa yang diasaskan oleh penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sumbangan yang diberikan oleh Abby, Fasha dan Nora ini adalah hasil jualan syarikat Inayah Beauty yang melantik mereka bertiga menjadi duta.

Bantuan bernilai setengah juta ringgit itu akan disalurkan kepada 2,500 keluarga yang memerlukan, sebagai tanda dedikasi syarikat dalam usaha kemanusiaan global.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Kami di Yayasan Nurjiwa @nurjiwafoundation bertempat di pejabat CTDK Holdings menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Puan Dini Qistina @dinilatifi, rakan-rakan artis @noradanish @fashasandha @abbyabadi_112 dan beberapa kakitangan mereka.

“Alhamdulillah, kami sempat meraikan mereka dalam suasana penuh ukhuwah, santai, berbahagi rezeki dan kami sempat membawa mereka meninjau suasana di pejabat kami.

“Inayah Beauty antara syarikat yang membantu Yayasan Nurjiwa setahun lalu bagi menjayakan teras bantuan yayasan kami terutamanya bantuan ke Gaza, Palestin.

“Tahun ini mereka hadir sekali lagi memberikan sumbangan sebanyak RM500,000 dan kami berdoa dan berharap agar sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan kepada banyaknya keperluan, sedekah dan jariah untuk mereka di luar sana termasuk saudara kita di Gaza.

“Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi Inayah Beauty serta lain-lain pengasas, syarikat, individu yang telah bersama-sama yayasan kami selama ini.

“Kami doakan agar Inayah Beauty dan semua dermawan akan dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat,” kongsi Siti di Instagram.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji usaha baik syarikat itu dalam menghulurkan bantuan kepada saudara kita di sana menerusi Yayasan Nurjiwa.

Tidak kurangnya di ruangan komen, peminat memuji kecantikan Siti, Abby, Fasha, Nora dan Dini yang anggun mengenakan abaya dan mereka disamakan seperti bidadari.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Latifi, menjelaskan bahawa keyakinan terhadap Yayasan Nurjiwa dan reputasi pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, adalah faktor utama dalam keputusan mereka.

“Kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa memberikan kami keyakinan kerana integriti dan kebolehpercayaan mereka. Reputasi Siti yang telus memudahkan kami untuk menyalurkan sumbangan dengan yakin bahawa ia akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

“Tahun lalu, kami berjaya mengumpul RM300,000 untuk disumbangkan bagi membantu penduduk di Gaza. Tahun ini, jumlah sumbangan bertambah kepada RM500,000 dan daripada apa yang diberitahu, ini bagi membantu 2,500 keluarga di sana,” ujarnya.

Tambah Dini, usaha ini bukan hanya dianggap keperluan segera tetapi juga bertujuan untuk membina satu tradisi tahunan yang menyeluruh.

“Kami bercita-cita menjadikan kutipan ini sebagai acara tahunan dan berusaha memperkenalkan inovasi yang boleh menggalakkan lebih ramai untuk terlibat,” ujarnya.

Dengan komitmen yang jelas dan kolaborasi strategik, Inayah Beauty dan Yayasan Nurjiwa terus memainkan peranan penting dalam misi kemanusiaan, memberikan harapan kepada ribuan keluarga dan mendorong semangat dermawan dalam setiap pihak yang terlibat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Oct 2025

“Jika Disabitkan Maka Jatuh Talak Dua” – Peguam Sahkan Nubhan Pernah Lafaz Cerai Dua Kali 

Penyanyi dan usahawan, Nubhan didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu pada tahun 2017 dan Ogos lalu.

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Thu, 6 Apr 2023
Figura Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Mana Ada Lofa Bercinta, Kawan Jer…

Gambar yang tersebar itu seolah-olah menguatkan lagi khabar angin yang melaporkan kedua selebriti ini kembali menyulam kasih. Tambah pengacara berusia 29 tahun itu, apa pun yang terjadi, dia dan Hans akan tetap berkawan.

Hiburan Mon, 7 Oct 2024
Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Dia Terus Hilang Begitu Saja” – Konflik Dengan Ruhainies, Chacha Maembong Kekal Profesional

Ruhainies terus menghilang selepas konflik bersama Chacha Maembong

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

[VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

Zarina Anjoulie dikritik didakwa buat video dengan Hot Daddy?

error: Content is protected !!