Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 11, 2021 @ 1:47am

Siti Fazurina Cerita Kisah Perkahwinan Tak Dapat Restu, Akhirnya Diterima Keluarga

Pelakon yang popular menerusi siri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir, 39, mendedahkan dirinya berasa kosong ketika rumah tangganya tidak mendapat restu keluarga.

Mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hykal Zulkifli pada 2013, pelakon yang disapa dengan nama Nina ini menceritakan kisah lima tahun yang perit di awal perkahwinan mereka.

“Lima tahun terawal kami berkahwin, saya akui diri saya kosong. Keluarga mentua semuanya baik-baik tetapi ada sesuatu yang hilang dalam diri saya.

“Perkahwinan tanpa restu membuatkan saya rasa tak tenteram. Bila hati ibu terguris, ia akan menimbulkan rasa kurang senang dan tak bahagia.

“Syukur Alhamdulillah, semenjak tahun 2019, hubungan saya dengan keluarga, terutama sekali dengan ibu sudah pulih.

“Sejujurnya, bila saya dan suami kembali diterima keluarga, ia adalah nikmat yang paling besar,” kata Nina.

Tambah pelakon sitkom Puteri ini, dia dan suami kini menetap di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.

“Semua ini sudah diaturkan oleh Allah. Saya hanya berdoa dan berusaha untuk memulihkan keadaan.

“Bermula tiga tahun lepas, saya sering pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu keluarga. Saya akui, pada awalnya memang agak sukar, selepas hampir setahun, barulah mereka menerima saya.

“Pada awalnya, saya pulang seorang diri sahaja. Kemudian, secara perlahan-lahan, keluarga terbuka hati dan minta suami pulang sekali.

“Sekarang ini, saya dan suami kembali ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama keluarga saya,” katanya yang ditemui di sidang media program Ramadan Raya TV Alhijrah baru-baru ini.

Bertemakan Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal Terakhir, majlis terbabit turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Drama lakonan Nina, Bapa Posa Anak Raya bakal disiarkan di stesen terbabit pada 16 Mei, jam 9 malam bersempena kehadiran Syawal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Featured Fri, 12 Dec 2025

Erra Fazira Terharu, Suami Hadiahkan Bunga Emas Sebagai Kejutan… 95 Peratus Persediaan Perkahwinan Diurus Ezwan

“Dia tahu tentang dinar itu, tetapi tidak menjangka jumlahnya 24 keping”- Ezwan Zain

Trending Thu, 3 Jan 2019

‘Fuh, Berhabuk English Budak Ni’, Aishah London Curi Tumpuan Netizen

Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan…

Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Agama Thu, 27 Jun 2024

Kecoh Trend Childfree, Ini Pencerahan Pejabat Mufti

Jangan kecoh, ini pencerahan Mufti

Trending Wed, 16 Feb 2022

Rasa Macam Kena Scam… Pengantin Spend RM7,000 Nak Kek Kahwin Batu Swarovski, Akhirnya Dapat Manik Biasa

Usahawan selebriti, Iddin Syah meluahkan kekecewaan apabila kek majlis resepsi perkahwinan bernilai RM7,000 yang ditempah berbeza daripada apa yang dijangka. Menurut Iddin yang merupakan pengasas produk kecantikan ESW, permintaannya untuk melihat kek perkahwinan dihiasi batu […]

Trending Tue, 23 Jun 2020
Hiburan Sun, 12 Sep 2021

Alyph Puas Dengan Karya Solo

Sering muncul dengan karya kolaborasi, penyanyi rap Alyph mengakui mahu memberikan fokus terhadap karya solo. Alyph yang merupakan bekas anggota kumpulan Sleeq ini muncul dengan EP solo berjudul III/III yang mengandungi tiga lagu iaitu Skali […]

error: Content is protected !!