Euforia Bola 2026
Events By: Marcella November 14, 2021 @ 3:48pm

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34).

Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih menjadi pilihan peminat.

Malah, kelab peminat Nana, Siti Nordiana FC juga merangkul trofi Anugerah FANtastik Popular.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi dan tak henti menyokong,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nana juga bakal muncul dengan sebuah lagu baharu bersama Bunga pada bulan ini.

“Lepas ini, saya akan muncul dengan single bersama Bunga, ia memang konsep yang berbeza dengan saya punya kebiasaan sebab daripada segi muzik video dia pun, memang kalau orang tengok nanti, memang akan rasa macam wow, lainnya.

“Jadi, anda mesti akan suka dengan muzik video lagu ini sebab lagu ini memang sesuatu yang berbeza daripada saya. Jadi, anda nantikan bulan ini juga, insya-Allah,” katanya semasa ditemui di belakang pentas.

Nana berkata, dia mahu mengikuti trend anak muda masa kini agar dapat menarik perhatian mereka untuk meminati lagunya.

“Kalau kita ikut trend sekarang ni memang banyak lagu-lagu yang bergenre seperti hip hop, rap macam tu jadi igauan anak-anak muda.

“Jadi macam saya dah ada ‘certain followers’ saya yang seusia dengan saya, jadi saya nak cuba cari peminat-peminat yang mungkin selama ni tak pernah meminati genre saya.

“Mungkin ini adalah percubaan saya untuk tampil dengan genre yang dekat di hati mereka yang lebih muda,” jelasnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Oct 2019
Kisah Viral Mon, 7 Nov 2022
Trending Tue, 21 Nov 2023

Bukan Sekadar Guna Populariti, Rasanya Memang Sedap! Jualan Karipap & Cucur Badak MUA Bellaz Laku Keras

Tinggi betul permintaan karipap Bellaz! Bukan pandai make-up saja, masak pun hebat!

Trending Mon, 12 Mar 2018

10张照片证明「没有毛兄弟陪伴不算快乐的童年」

很多宠物都需要爱,他们其实懂很多,有养动物的人应该知道,很多毛小孩好像都听的懂你在说什么,但有时候可能还是会犯错或是捣蛋的。让我们来看看为什么有小孩后就更应该养动物吧!

Featured Tue, 31 Mar 2026

Ibu Aliff Aziz Didakwa Toksik, Ini Respons Space Dollah – “Saya Tak Kenal Ibu Dia, Tapi Family Kami Sayangkan Bella”

Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tampil memberi respons susulan dakwaan segelintir warganet yang melabel ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sebagai ‘toksik’

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Pertama Kali Raya Tanpa Anak Sulung, Nora Danish Akui Bukan Sesuatu Yang Mudah

Walaupun berjauhan, Nora tetap menzahirkan kasih sayang mendalam terhadap anaknya itu.

Trending Wed, 28 Nov 2018
Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

error: Content is protected !!