Euforia Bola 2026
Trending By: Nabihah May 8, 2023 @ 11:31am

SK magic Perkenal Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Baharu!

Aktiviti kunjung mengunjung sudah menjadi tradisi turun temurun apabila tiba musim perayaan terutamanya Aidilfitri.

Pelbagai topik bakal menjadi bualan seperti isu semasa yang menggamit keceriaan seisi rumah bersama tetamu sambil ditemani pelbagai hidangan juadah raya bagi menjamu tetamu yang hadir.

Selepas tetamu beransur pulang, maka bermulalah sesi tugasan yang paling kurang digemari iaitu mencuci pinggan mangkuk di dapur.

Bagi memudahkan seisi rumah khususnya ketika musim perayaan, jenama kelengkapan rumah terkemuka Korea Selatan, SK magic tampil dengan produk baharu iaitu Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care SK magic.

Merupakan produk rangkaian baharu  keluaran SK magic, Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care ini menjadi pelan sewa milik mesin basuh pinggan mangkuk pertama di pasaran dan Malaysia.

Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care SK magic boleh dimiliki dengan pelan sewa milik bermula RM99 sebagai harga pengenalan, di samping perkhidmatan dan sabun pencuci Libre percuma yang akan dihantar ke depan pintu rumah setiap empat bulan.

Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care SK magic mampu meningkatkan kualiti kehidupan dengan memudahkan rutin harian dan menjimatkan masa serta tenaga untuk pengendalian kerja-kerja rumah.

Di samping itu, Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care dari SK magic ini dipercayai juga dapat meningkatkan kebersihan kerana mampu membersihkan pinggan dengan lebih berkesan berbanding cucian tangan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit atau pencemaran daripada patogen bawaan makanan.

Dengan adanya Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care SK magic, ibu bapa khususnya yang baru menimang cahaya mata boleh menarik nafas lega dan memanfaatkan ciri sanitasi khas untuk botol bayi.

Ciri khas ini dapat membersihkan botol dan aksesori bayi tanpa mempunyai mesin sanitasi yang berasingan.

Lihat bagaimana Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care SK magic memudahkan tugasan harian korang.

Dapatkan Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care SK magic dan bebaskan tangan korang daripada mencuci pinggan mangkuk hari ini dan luangkan masa korang dengan perkara yang korang suka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Triple Care SK magic, boleh layari laman web SK magic.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Hiburan Tue, 10 Mar 2026
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam

Trending Fri, 8 May 2020
Featured Mon, 16 Feb 2026

Bawa Jaguh Sukan Negara, Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Dibanjiri 55,000 Peminat!

Memiliki keistimewaan menerusi suara dan attitude yang ada padanya, pastinya gelaran Rockqueen tidak boleh disandang oleh sesiapa kecuali Ella.

Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Disangka Anak, Rupanya Michelle Yeoh Timang Cucu

Allahu maafkan min! Apa-apapun, tahniah Michelle & Todt selamat bergelar grandparents

error: Content is protected !!