Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal May 12, 2018 @ 10:08am

Snapchat Lancar Spectacles V2, Kaca Mata Berkamera Boleh Guna Dalam Air

Kalau korang suka pakai kaca mata hitam ke mana-mana, kaca mata hitam terbaru keluaran Snapchat ini pasti menjadi kegemaran korang selepas ini.

Spectacles V2, bukan saja boleh mengambil gambar, tetapi juga boleh merakam video dengan kamera kecil di bahagian tepinya. Malah, ia boleh digunakan di dalam air!

Kalau korang tak tahu, sebelum ini Snapchat sudah memperkenalkan Spectacles V1 tetapi pembuatannya dihentikan selepas unit ke 220,000. Ramai pengguna merungut ia tidak memberi privasi kerana terdapat lampu-lampu membentuk bulat kecil ketika merakam dan bulatan kuning kecil di sekeliling kamera membuatkan orang mudah mengenalpasti ada kamera di kaca mata hitam itu.

Kini, semua itu tiada lagi di Spectacles V2, malah pemakaiannya bakal membuatkan korang nampak classy dan ringan di kepala! Fungsi sync antara kamera dan smartphone korang pun lebih laju berbanding sebelum ini.

Bingkai bekas mengecas Spectacles V2 lebih ringan, begitu juga dengan bekas mengecasnya yang lebih kecil ⅓ berbanding sebelum ini. Jadi, tak mustahil korang boleh simpan dalam poket atau jaket.

Tempat mengecasnya pula sudah dipindahkan ke tepi supaya ia tidak mudah jatuh. Walaupun hardware lebih pantas digunakan untuk Spectacles V2, Spectacles memerlukan bateri dan storan yang cukup untuk merakam dan memindahkan 70 video sepanjang minggu pada kadar cas biasa, di samping 4 kali kadar caj tambahan dalam bekas simpanannya.

Nak tau lebih lanjut mengenai fungsi dan ciri Spectacles V2, tengok video ni.

Spectacles V2 kini dijual pada harga $150 di U.S., Canada, U.K. dan France di laman web Spectacles. Tetapi, ia akan mula dijual di lebih 13 negara Eropah bermula 3 Mei. Harap-harap ia akan memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi!

Ditulis oleh SGMS Epul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Dec 2021

Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak. Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat. Xenebots […]

TECH Thu, 22 Mar 2018

Memori Peranti Penuh? Jom Lihat Cara Menyelesaikan Masalah File Pendua

Memori peranti penuh? Bingung kenapa ada file pendua dalam peranti anda? Masalah ini tidaklah signifikan sekiranya anda menggunakan peranti yang mempunyai saiz storan yang besar. Namun sedikit sebanyak kehadiran fail ini agak mengganggu kita, apa […]

Automobile Sat, 16 Mar 2019

「亚洲GT赛车节」观赛指南

出战亚洲赛车殿堂!「亚洲GT赛车节」观赛指南~

TECH Tue, 21 Nov 2017

Cara Mendapatkan Subtitles (Sarikata) Filem Bagi Pemain VLC Media Player

Ramai diantara anda yang sudah biasa dengan pemain media jenis VLC dek kerana kemampuannya untuk memainkan pelbagai jenis format video tanpa ada sebarang masalah. Namun tahukah anda bahawa pemain jenis VLC boleh diubahsuai agar tersedia […]

TECH Fri, 18 Oct 2019

Web Kena ‘Hack’, Tiada Data Dan Maklumat Terjejas

Tiada data dan maklumat yang terjejas akibat dari insiden penggodaman

TECH Fri, 2 Nov 2018

5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Untuk laptop anda bertahan lebih lama dan mempunyai jangka hayat yang panjang,kenalah jaga dengan betul.

Automobile Sat, 30 Nov 2019

Lelaki Bina Helikopter Sendiri Sebab Tidak Suka ‘Traffic Jam’

Boleh buatkan satu tak sebab lambat nak tunggu kereta terbang!

TECH Sun, 5 Aug 2018

10 Aplikasi VPN Untuk Android Yang Boleh Anda Cuba

Berikut adalah 10 aplikasi VPN yang boleh anda cuba untuk peranti android.

TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

TECH Mon, 27 Nov 2017

17个你绝对不知道的谷歌「秘技」

你绝对不知道的谷歌「秘技」!

error: Content is protected !!