Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 16, 2018 @ 6:57am

Spotify Perkenalkan Wajah Baru Aplikasi Mudah Alih

Umum telah mengetahui bahawa Spotify bakal mengadakan satu majlis pada 24 April, akan tetapi tujuan majlis tersebut diadakan tidak diberitahu sebelum ini. Namun, pada 16 April, Spotify telah mengeluarkan satu jemputan rasmi kepada pihak media yang memberitahu bahawa majlis berkenaan adalah berkenaan dengan masa depan aplikasi mudah alihmereka.

Majlis tersebut akan diadakan di Gramercy Theatre, New York, Amerika Syarikat dan dijangka akan diisi dengan pembentangan dari Gustav Söderström (Ketua Pegawai R&D), Babar Zafar (Naib Presiden Pembangunan Produk) serta Troy Carter (Ketua Pencipta Global) mereka. Sesi soal jawab bersama media pula akan menyusul selepas itu.

Terdapat juga laporan daripada beberapa sumber yang rapat dengan Spotify menyatakan bahawa majlis ini akan mendedahkan kepada umum berkenaan ciri baharu langganan percuma Spotify yang telah kami laporkan sebelum ini. Selain itu antara yang menjadi sebutan juga ialah fungsi carian menggunakan suara yang turut dijangka akan diperkenalkan pada majlis tersebut.

Apa sahaja tujuan sebenar Spotify menganjurkan majlis ini tentu ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik serta para pesaing Spotify yang turut berada dalam industri penstriman muzik. Ikuti perkembangan terbaru dari Spotify berkenaan perkara ini melalui laman sesawang mereka.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 12 Aug 2018

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Mudah dan cepat.Dapat menjimatkan masa anda.Cubalah!

TECH Mon, 23 Jul 2018

Minat Nak Pakai Kamera Keluar Masuk? Vivo NEX Kini Rasmi Pada Harga RM2799

Pejam celik pejam celik hampir 5 bulan Vivo NEX dipertontonkan buat pertama kali pada acara Mobile World Congress Februari yang lalu dan kini ia telah rasmi buat peminat tempatan. Tak mahu kelihatan pelik dengan skrin […]

TECH Wed, 13 Dec 2017

Tips Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Tahukah anda bahawa kita boleh mendaftar akaun Whatsapp tanpa memerlukan Kad Sim?

TECH Fri, 13 Apr 2018

Akibat Kesilapan ‘Typo’ Seorang Pekerja, Samsung Rugi RM 543 Billion

Samsung hari ini telah mengalami kerugian sekitar RM 543 billion (~$140 billion) akibat daripada kesalahan mudah salah seorang pekerja mereka. Pekerja tersebut dikatakan telah tersalah taip atau typo dengan telah mengagihkan 2.8 billion unit saham kepada semua […]

TECH Mon, 1 Apr 2019

AirPower掰掰!苹果证实:取消无线充电板上市计划

2017年发表一次帮iPhone、Apple Watch、AirPods三款装置充电的无线充电板AirPower,延迟上市两年多后,官方证实取消上市计划。

TECH Mon, 30 Dec 2019

KKM Arah Henti Jualan Peranti ‘Headphone’ Kurang Kadar Gula

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan pihak syarikat yang mengedar peranti ‘headphone’ yang didakwa boleh mengurangkan dan mengawal kadar gula dalam darah supaya menghentikan penjualan dan pengedaran peranti itu serta merta. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor […]

TECH Mon, 10 Sep 2018

Menyembunyikan Gambar Profil Whatsapp

Teknik mengelakkan ‘Stalker’ melihat gambar anda.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Digi Dijangka Perkenal Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38

Syarikat telco yang menawarkan pelan internet tanpa had dengan bulanan mampu milik pasti menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Terdahulu, U Mobile hadir dengan pelan internet tanpa had Giler Unlimited bersama yuran langganan sebanyak RM30 sebulan. Dilihat seolah-olah […]

TECH Sun, 9 Jun 2019

Inilah Cara Memasang Android P Beta

Kalau belum install atau ada Android P Beta boleh ikuti langkah mudah ini

TECH Mon, 19 Mar 2018

Gambar Blur? Jom Baca Bagaimana Cara Memulihkan Gambar Blur

Pasti anda susah hati kalau gambar yang diambil dengan secara tak sengaja menjadi blur.

error: Content is protected !!