Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin June 15, 2018 @ 5:00pm

Strawberi Mampu Buatkan Anda Cantik Dan Sihat!

Anda mesti suka makan buah strawberi kan? Bukan sahaja sedap tapi buah ini juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Nak tahu antara khasiat strawberi ini? Nah! Penulis senaraikan:

1. Membantu menurunkan kadar kolestrol.

2. Mengandungi zat anti alergi dan anti radang.

3. Kandungan gula yang sedikit sangat sesuai untuk dijadikan bahan diet bagi penghidap diabetes.

4. Air rebusan daun strawberi berkesan untuk menjaga kesihatan mulut.

5. Jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman juga berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.

6. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi dan mampu melindungi badan daripada penyakit barah.

7. Masker strawberi dapat melambatkan proses penuaan, melindungi sel tubuh daripada kanser dan menyihatkan kulit.

Banyak kan khasiat strawberi ini? Kalau anda nak tahu, buah ini bukan sahaja bagus untuk dimakan, tapi boleh mencantikan kulit kita ya! Mungkin bagi anda yang nak tambahkan lagi kecantikan daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki itu, penulis sarankan anda perlu mencuba tip cantik menggunakan buah strawberi ini.

1. Masker rambut

Strawberi juga boleh dijadikan sebagai masker untuk rambut! Sangat mudah nak buat, anda perlu melumatkan buah strawberi dengan mayonis menggunakan garpu sehingga hancur dan sebati. Cuci bersih terlebih dahulu rambut anda, dan sapukan masker tersebut pada selurih rambut anda. 

Kemudian, tutup rambut dengan shower cap, dan lapikkan dengan tuala hangat di atasnya. Kalau anda nak tahu, haba panas daripada tuala tersebut akan menudahkan ramuan masker menyerap dan menembusi rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas rambut anda sehingga bersih dengan syampu dan perapi.

2. Masker wajah

Kalau anda nak kulit wajah lebih gebu dan cantik, anda boleh mencuba masker strawberi ini. Mudah sahaja iaitu dengan mengambil beberapa biji buah strawberi dan basuh bersih. Kemudian, kisar sehingga lumat. Seterusnya, anda boleh sapukan pada seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam. 

3. Lulur strawberi

Wah! Strawberi juga boleh dijadikan sebagai lulur badan, bestnya! Sebenarnya, buah ini amat berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati. Anda boleh luangkan masa mandi anda dengan berendam di dalam air yang dicampurkan dengan hirisan strawberi, campuran susu dan minyak zaitun. Gosokkan pada seluruh badan. Jika anda amalkan selalu, kulit akan menjadi lebih halus dan tidak kusam. 

Kalau anda nak dapatkan kesan yang lebih menakjubkan, anda boleh menambahkan sedikit putih telur, satu senduk air mawar dan beberapa titis minyak ke dalam masker strawberi tersebut. Amalkan penggunaan masker ini dua kali seminggu.

Pasti anda akan puas hati! Selamat mencuba!

Sumber: Intrend

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Nov 2018
Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Wed, 22 Jan 2020
Acara Sat, 9 Mar 2019

Ayda Jebat beri sentuhan peribadi untuk Anas Cosmetics

Didatangkan dalam pek kecil dan mampu milik! 

Featured Mon, 30 Jul 2018
Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

Mengapa Bedak Merupakan Barangan Wajib Perlu Ada Dalam Handbag Wanita? Ini Alasannya!

Penggunaan bedak memang sudah wujud dari zaman China kuno beberapa abad sebelum Masihi lagi.

Oh Lawa Thu, 19 Apr 2018

Selepas Bulu Kening, Trend Seni Hidung Pula Viral Di Instagram, No. 4 Paling Unik

Macam dah tak ada tempat lain nak melukis. Muka pula dijadikan kanvas!

Oh Lawa Tue, 14 May 2019
Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu.

error: Content is protected !!