Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 5, 2023 @ 8:01pm

“Sudah-Sudahlah Tu” – Kesal Sering Dibandingkan, Ada Peminat ‘Bitter’ Ernie Zakri Tercalon Top 5 ABPBH 35

Penyanyi Ernie Zakri merupakan salah seorang penyanyi yang berjaya bolos Top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Beritah Harian Ke-35 (ABPBH 35).

Namun, ada peminat yang mendakwa kejayaannya itu adalah hasil undian daripada ahli keluarga sahaja.

Artikel Berkaitan: “Mesti Ramai Undi Aina Abdul” – Ini Respons Ernie Zakri Bila Ada Yang Bitter Tatkala Nama Tercalon Top 5 ABPBH 35!

Tidak cepat melatah, Ernie tampil memberi respons dengan menyatakan kejayaannya itu adalah usaha dan sokongan daripada peminat.

Malah, dia menegaskan bahawa sebagai penyanyi dia tidak menentang sesiapa kerana kehidupannya bukanlah satu perlumbaan.

“Kita kadang-kadang kesian dengan peminat-peminat ni. Mereka tak tahu yang kita ni mempunyai hubungan yang baik dalam kalangan penyanyi dan artis. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua penyanyi.

“Bila dapat sebegitu (komen) pada awalnya ketika dulu saya rasa tak best. Tapi, bila saya fikir balik peminat akan tetap menjadi peminat. Mereka menyayangi mereka punya penyanyi dan peminat-peminat saya pun sayang saya.

“Kadang-kadang bila timbul satu perasaan yang macam kena pertahankan artis aku, aku rasa artis aku paling best. It’s okay to do that but kadang-kadang sampai caci maki saya tak rasa ia bagus.

“Ada benda pada saya keterlaluan baru saya berkata-kata. Sebab itu saya balas balik kalau keluarga undi pun tak apa kerana kehidupan saya bukanlah sebuah pertandingan dan menjadi Top 5 dalam ABPBH 35 ni bukan saya yang buat tapi peminat.

“Saya disini cuba untuk memberitahu mereka saya tidak menentang sesiapa. Saya seorang disini cuba untuk menjadi seorang penyanyi yang bagus dan baik. Terima kasih pada yang memberi sokongan,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Korban ini mengakui rimas kerana sering dibandingkan dengan penyanyi lain namun dia menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Sudah-sudahlah tu. Kenapa perlu ada perbandingan dan pergaduhan? Tapi, bila saya fikir balik orang kalau nak bandingkan, dalam hidup kita pun akan ada perbandingan. Kadang kita sendiri pun akan bandingkan diri kita dengan orang lain.

“Benda itu adalah satu benda yang normal apatah lagi bila mereka ada kebebasan menulis. Jadi, orang akan sentiasa bercakap dan saya tidak boleh nak berhentikan benda itu. Yang mampu saya buat adalah balas yang baik-baik.

“Saya akan pesan kepada peminat-peminat saya jangan gaduh-gaduh. Kadang-kadang mereka pun geram jugak, mereka pun masuk gaduh jugak. Saya kata tak payah buat apa buang masa sebab kita tak tahu kadang-kadang peminat itu umur 16 tahun, 15 tahun. Budak lagi kan. Jadi, kita yang umur 30 tahun ni dok panas-panas berlawan dengan budak-budak

“Tak apalah nak bandingkan apa pun asalkan saya jadi diri saya sendiri dan buat hal saya je lah,” luah Ernie ketika ditemui di sidang media majlis menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman, Universal Music yang berlangsung di Hotel Le Meridien Petaling Jaya, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Adik Sudah Popular, Apa Komen Fasha Sandha?

Apa agaknya syarat Fasha buat adik tersayang?

Kisah Viral Sat, 9 Dec 2023

“Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Semoga Ibu Zayn diberikan kekuatan untuk tempuhi ujian ini

Trending Fri, 30 Mar 2018

Jual Gadis Bawah Umur, Graduan Perubatan Dipenjara 10 Tahun

Tertuduh adalah penuntut dalam jurusan perubatan dan pembedahan. Tertuduh bersedia menawarkan kepakarannya untuk banduan yang berada di dalam penjara.

Featured Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!

Trending Mon, 13 Apr 2020

Ramadan Tahun Ini Sepi Tanpa Bazar Ramadan

Kebenaran ini pahit untuk diterima..

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Bekas Pengacara Popular TV3 Ini Jalani Pembedahan?

Nak tahu siapa agaknya bekas pengacara TV3 ini yang terpaksa jalani pembedahan? Kenalah baca artikel ini ya!

Featured Tue, 17 Jun 2025

Ditahan Di Wad, Amira Othman Alami Keracunan Makanan

Amira bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan baik & stabil.

error: Content is protected !!