Euforia Bola 2026
OMG By: Aisyah Badrul May 7, 2020 @ 9:00am

Supermoon Terakhir 2020, Saksikan Kemunculan Fenomena “Super Flower Moon” Hari Ini!

Berita baik untuk korang yang mungkin tengah bosan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini. Pada 7 Mei (hari ini), korang berpeluang untuk menyaksikan satu fenomena semulajadi bulan purnama gergasi yang ke empat untuk tahun ini.

Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration(NASA), fenomena ini akan dapat dilihat bermula hari Selasa sehingga Jumaat, 8 Mei. Fenomena Super Flower Moon ini juga akan muncul pada 7.18 malam (waktu Malaysia). Ini merupakan waktu dimana bulan mula mendekati garisan cakerawala.

Kredit foto: Daily Express

Kenapa fenomena ini dipanggil Super Flower Moon? Untuk pengetahuan korang, nama ini diberi kerana bulan purnama gergasi ini muncul pada awal musim bunga untuk tahun 2020.

Bulan yang korang akan lihat hari ini bukan seperti bulan yang biasa kita lihat. Super Flower Moon akan muncul dengan warna kuning hingga ke jingga gelap. Tak sabarnya nak tengok mesti cantik!

Jangan lepaskan peluang untuk lihat fenomena alam pada hari ini. Super Flower Moon merupakan fenomena bulan purnama gergasi terakhir yang kita dapat lihat untuk tahun ini. 21 April 2021 nanti baru fenomena ini akan muncul semula tau.

Jadi, save the date. Sambil-sambil berbuka puasa tu boleh juga cuci mata menyaksikan keindahan alam. Jangan lupa ajak orang tersayang yang terkandas jauh tu tengok sama tau. Hiks!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Anna bersyukur ada fans yang sangat supportive menyokong #Meerna dari belakang! Apapun kita kena hormat permintaan aktres jelita ni okay 🥰🥰

Featured Sat, 5 Nov 2022
Featured Sat, 26 Nov 2022

Gara-Gara Solekan ‘Tebal’, Aksi Eyra Hazali & Suami Undang Tawa

Kecantikan pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 23, tak dapat dinafikan orang ramai. @yanasszz._ Hahah eyra🤣 #eyrahazali #haziqnadzli #hayderqhalish #endrahaqimie #familyhaziqnadzli ♬ original sound – ✨ Terkini, sebuah video berdurasi 20 saat […]

Featured Tue, 14 Mar 2023

Sharnaaz Ahmad Titip Nota Untuk Hafidz Roshdi – “Cepat Sembuh & Kembali Betulkan…”

Tolonglah jangan mencurah minyak pada api – Sharnaaz Ahmad

error: Content is protected !!