Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 30, 2025 @ 11:47am

Syafiq Kyle Dedah Mimi Lana Impi Timang Anak Kembar Sejak Sebelum Kahwin

Pelakon, Syafiq Kyle mengakui isteri tercintanya, Mimi Lana telah lama memberitahu berhasratnya untuk menimang cahaya mata kembar.

Syafiq atau nama penuhnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, berkata Mimi menyuarakan perkara itu sebelum mereka berkahwin pada 14 Februari lalu.

“Kami ada berbincang pasal anak kembar dari sebelum berkahwin lagi Mimi ada cakap dia impikan anak kembar.. insya-Allah, doakan yang terbaik,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Syafiq berkata ahli keluarganya mempunyai sejarah melahirkan anak kembar.

“Saya sendiri ada sejarah keluarga yang ada anak kembar, cuma belah sepupu. Mungkin Mimi pun ada juga sebelah sepupu dia,” katanya lagi.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui di majlis doa selamat filem ‘Malaikat Malam’ yang diadakan di Restoran Haslam, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, aktor filem popular Blood Brothers ini juga mendedahkan Mimi memuat naik ciapan sebegitu di platform Threads miliknya selepas melihat terlalu banyak isu-isu negatif yang tular di media sosial.

“Sebenanrya ada juga saya bertanya pada Mimi kenapa dia buat hantaran macam itu. Katanya, sejak akhir-akhir ini dia banyak nampak perkara tak ‘best’ di media sosial seperti gosip dan kontroversi.

“Mimi memang suka main media sosial, jadi pada dia kalau ramai orang yang bercakap dan mendoakan perkara baik-baik, insya-Allah akan lebih termakbul.

“Saya rasa bagus juga dia buat begitu supaya orang ramai mendoakan dia,” katanya.

Sebelum ini, Mimi atau nama penuhnya Mimi Roziana Zianal Abdidin, mencuri tumpuan apabila meminta orang ramai mendoakan agar mereka dikurniakan anak kembar.

Artikel Berkaitan: “Doakan Saya Dapat Anak Kembar” – Mimi Lana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Pakai ‘Hoodie’ Tapi Tayang Rambut… Imej Isteri Fikry Ibrahim Curi Tumpuan

Isteri Fikry Ibrahim. Siti Khalizah Alihan pakai hoodie nampak rambut

Featured Wed, 24 Jan 2024

Usia Kandungan Cecah 6 Bulan, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk – “Yang Kedua Ni Lagi Memenatkan!”

Hanya ibu mengandung sahaja tahu perasaan ‘penat’ tu…Apapun moga dipermudahkan semuanya untuk Intan!

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Doakan Anak Ali Puteh…

Semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik, Ainul Mardhiah…

Trending Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Featured Wed, 29 Apr 2020
error: Content is protected !!