Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 7, 2023 @ 12:11pm

Syamsul Yusof Kunci Mulut, Tak Mahu Ulas Sebab Enggan Cerai Puteri Sarah.. Hanya Tunjuk Tanda Jari ‘Peace’ & ‘Allah Yang Satu’

Pengarah Syamsul Yusof mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai keputusannya yang enggan menceraikan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.

Selepas tamatnya prosiding, Syamsul yang dinantikan pihak media di luar mahkamah terus diajukan persoalan namun pengarah KL Gangster itu terus meluru keluar menuju ke lif bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.

Syamsul hanya menggelengkan kepala apabila ditanya sebab tidak menceraikan isterinya dan dakwaan memukul Sarah, malah, ketika beredar, pelakon filem Munafik itu hanya menunjukkan isyarat tangan jari ‘peace’ dan ‘Allah Yang Satu’.

Sementara itu, Roshdan ketika berhujah di mahkamah berkata, setakat ini pengarah itu tidak mahu menceraikan Sarah kerana menyifatkan masih ada sinar untuk memperbaiki hubungan perkahwinan mereka

“Masih ada sinar untuk pasangan ini… pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” katanya.

Terdahulu Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sebelum ini pada 16 Januari lalu Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.

Untuk rekod Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Summayah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

小鲜肉Lee被粉丝突袭抱抱 Mook钟爱大马食物

配合《我亲爱的失败者》三部曲即将在全马首播,其中系列《怪物浪漫》男女主角Lee和Mook来马宣传!见面会上,小鲜肉Lee被粉丝突袭环腰抱抱吓得傻笑,而女神Mook则钟爱大马食物。

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Lancar Album Baharu, SITISM Buah Tangan Siti Nurhaliza Buat Peminat

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil melancarkan album terbaharunya yang berjudul Sitism, hari ini. Album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak […]

Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Nabil Ahmad Gembira Lihat Que Haidar, Fazura Mesra – “Belakang Tabir Pun Nampak Mereka Ikhlas, Cute!”

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad berkongsi kegembiraannya melihat keakraban dan kemesraaan antara pelakon, Que Haidar dan Nur Fazura.

Featured Wed, 13 Aug 2025
error: Content is protected !!