Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 9, 2021 @ 6:01pm

Syamsul Yusof Lagukan OST Gerak Khas Undercover, Mantap Beb!

Drama aksi Gerak Khas yang digemari ramai kini kembali dengan wajah baharu dan menampilkan jalan cerita yang lebih terkini serta relevan!

Gerak Khas Undercover mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran.

Antara hidup dan mati! Begitulah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota undercover dalam melaksanakan amanat yang diberikan.

Jadi, bagi menyokong drama ini, Syamsul Yusof melancarkan lagu tema yang bertajuk GK Undercover.

Lagu ini dicipta dan liriknya juga ditulis sendiri oleh Syamsul Yusof. Lirik-lirik yang menunjukkan kewibawaan dan juga harungan yang perlu dilalui oleh ahli-ahli undercover dalam pekerjaan mereka, sangat dekat di hati bila didengar.

Di dalam lagu ini turut menyelitkan banyak nasihat dan peringatan kepada semua pendengar agar lebih mematuhi peraturan dan jangan melakukan kesalahan.

Konsep muzik lagu ini ternyata berbeza dari lagu Gerak Khas sebelum ini. Dengan sentuhan muzik moden dan nyanyian rap dari Syamsul Yusof membuatkan lagu ini lebih memberi kesan kepada pendengar umum.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gerak Khas Undercover di TV3, setiap hari Jumaat, 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 dan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama ia disiarkan di seluruh Malaysia.

Lagu GK Undercover ini boleh mula didengari di semua pelantar digital bermula 8 Oktober 2021 dan lirik video juga telah dilancarkan pada 1 Oktober 2021 lalu di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020

Jumlah Jemaah Haji Adalah Terhad Pada Tahun Ini

Semoga keputusan ini baik-baik sahaja buat semua

Trending Fri, 29 Nov 2019
Trending Sat, 18 Nov 2017

Iqram Tak Kesah Dikecam

Siapa tak kenal Iqram Dinzly? Kemunculan jejaka ini serinkali mendapat perhatian netizen yang seolah-olah bersedia untuk mengkritik setiap pergerakaannya. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia menerima apa sahaja kecaman tetapi terkilan apabila dikatakan jahil […]

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi

Featured Sat, 24 Aug 2024
Featured Wed, 17 Jul 2024
error: Content is protected !!