Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops January 17, 2018 @ 9:17am

Tabiat Yang Boleh Merosakkan Minda

Kita semua ingin bahagia. Tanpa sedar, meskipun selalu mahu sentiasa bahagia, kita mengulangi tabiat tidak sihat yang menghalang mencapai kebahagiaan. Ironi kan? Ini tabiat yang boleh merosakkan minda yang MESTI dihindari:

1) Berhenti mengeluh tentang apa yang tiada. Syukur dengan apa yang dalam genggaman.

2) Ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu mengenai si dia? Luahkan, dia bukan seorang psikik.

3) Jangan membandingkan anda dengan orang lain. Anda tidak akan sekali-kali cukup bagus jika selalu diletakkan perbandingan.

4) Terima kritikan dengan terbuka. Tidak salah menerima ketidaksempurnaan dan mengakui kelemahan sendiri.

5) Berhenti mengenang kisah lalu. Sebaliknya, maafkan diri sendiri dan mereka yang melukakanmu dan teruskan hidup.

6) Anda tak perlu approval sesiapa, atau anda akan selalu merasa tidak cukup. Yakin diri dan fokus dengan apa yang membahagiakanmu.

7) Jangan bazirkan masa menonton TV dan melayari Facebook. Cari minat baru yang membuka peluang untuk memperbaiki diri dan meneroka bakat baru.

8) Jangan anggap anda paling bijak. Hargai orang lain dan kerja bersama mereka untuk suasana lebih harmoni.

9) Jauhi mereka yang berfikiran negatif. Aura sebegitu hanya akan buat anda berasa rendah diri. Kelilingi mereka yang boleh mendorong perkembangan diri.

10) Jangan ucap YA untuk semua benda. Jawab NO dengan beradab untuk kebaikan semua.

11) Berhenti bersaing, sedarilah, dunia ada cukup ruang untuk semua orang bersinar.

12) Jangan takut mengambil langkah pertama. Semuanya terjadi atas sebab tertentu.

13) Tak usah bimbang tentang semua perkara. Fokus setiap momen jadi anda tidak terlepas saat penting.

14) Berhenti mengeluh, sebaliknya fokus hanya pada apa yang boleh diberi penekanan.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Jan 2020
Gaya Hidup Mon, 8 Oct 2018

Lebih 200 Ekor Siput Beraksi Dalam Kejohanan Lumba Siput Sedunia. Comel Sungguh!

Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah semangkuk salad.

Featured Wed, 20 May 2020

Caj kuarantin 50 peratus dikenakan kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Perlu dapatkan surat persetujuan sebelum pulang ke tanah air

Gaya Hidup Tue, 5 Nov 2019

Diceraikan kerana gagal kekal gemuk? Tak percaya, bacalah!

Wanita ‘gendut’ yang berputus asa, silalah ke negara ini!

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Wed, 30 Oct 2019
Featured Wed, 13 May 2020
Featured Tue, 12 May 2020
Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

Ini 4 Sebab Kenapa Nyamuk Suka Serang Anda Berbanding Orang Lain

Pernah tak anda perasan? Kadang-kadang nyamuk suka attack orang-orang tertentu je. Orang lain tak pula kena gigit!

error: Content is protected !!