Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 19, 2022 @ 7:20pm

“Tak Ada Apa Nak Dipelikkan, Jangan Sentuh Hal..” – Elly Mazlein Bidas Pendapat Kak KM Isu ‘Tutup’ Wajah Anak

Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi Kak KM lantang menyuarakan pendapat mengenai segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka dengan menampalkan sticker.

Kenyataannya itu telah meraih pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dan kecewa, termasuklah pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlien yang turut berkongsi pendapatnya.

Artikel Berkaitan: Akui Rimas, Kak KM Beri Teguran Pedas Kepada Selebriti Yang Masih Tutup Wajah Anak Baru Lahir – “Kenapa Takut Kalau Tak..”

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Elly memaklumkan ia adalah hak masing-masing untuk membuat pilihan.

“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.

“Jangan pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content.

“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” luahnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tampil memberikan pandangan mereka mengenai isu berikut di mana mereka mempertikaikan aksi gelek Kak KM yang dikatakan tidak malu itu.

Malah, ramai juga dalam kalangan mereka yang bersetuju dengan kenyataan pengacara hebat itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Mana Ada Lofa Bercinta, Kawan Jer…

Gambar yang tersebar itu seolah-olah menguatkan lagi khabar angin yang melaporkan kedua selebriti ini kembali menyulam kasih. Tambah pengacara berusia 29 tahun itu, apa pun yang terjadi, dia dan Hans akan tetap berkawan.

Featured Mon, 28 Feb 2022

Seramai 407, 097 Calon SPM Jalani Ujian Bertulis Bermula 2 Mac Ini

Semakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi LP KPM

Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

Events Thu, 2 May 2019

Over 2,300 Runners Thronged the National Geographic Earth Day Run 2019 Finish Line

In conjunction with International Earth Day, the run celebrated the on going
efforts by National Geographic and its partners to promote environmental awareness.

error: Content is protected !!