Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 21, 2021 @ 2:53pm

Tak Anggap Sebagai Trend, Aaron Aziz Positif Dengan Penghijrahan Ramai Rakan Pelakon Mendalami Agama

Sejak kebelakangan ini, ramai pelakon lelaki melakukan penghijrahan dengan mempelajari dan mendalami ilmu agama.

Diminta mengulas mengenai perkara ini, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz, 45, melihat penghijrahan ramai rakan aktor ke arah yang lebih baik sebagai satu perkara yang positif.

Pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz ini juga tidak melihat perkara ini sebagai satu bentuk trend.

“Semua orang juga mempunyai peluang untuk berubah mendekatkan diri kepada agama. Jadi mengapa kita perlu mempersoalkan niat baik seseorang? Seharusnya ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif.

“Pastinya berada dalam bidang seni pelakon mahupun penyanyi akan sentiasa menjadi contoh. Kalau perkara ini mampu mewujudkan lebih banyak kesedaran, saya anggap ia adalah sesuatu yang baik,” katanya.

Bercakap soal hijrah, Aaron tidak menolak pandemik yang melanda banyak mengajarnya untuk sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan.

Sama seperti rakan pelakon yang lain, Aaron ketika ini juga tidak sekadar mengharapkan pendapatan dari bidang seni sahaja.

Memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak beberapa tahun lalu, tambahnya sudah sampai waktu untuk dia kembali membantu mereka di luar sana.

“Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah. Pada umur sekarang juga saya sudah melalui beberapa peringkat kehidupan. Sebagai manusia penting untuk setiap keputusan dalam hidup kita bukan sekadar membawa kita ke arah kebaikan tetapi juga bagaimana ia memberi manfaat kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

“Kita tahu bagaimana tempoh jangkitan wabak ini, kebanyakkan kita tidak boleh bekerja dan sebagainya. Saya sendiri melalui perkara yang sama, mujur pada waktu itu jenama wangian saya, The Oud by Aaron Aziz sudah berada dalam pasaran dan kami menggunakan peluang membuat jualan secara atas talian.

“Siapa sangka formulasi kami menguatkan jenama ini secara atas talian menjadi. Alhamdulillah, jenama wangian ini kini menjadi pilihan ramai. Ia bukan sekadar perniagaan tetapi dalam masa yang sama adalah amanah untuk saya.

“Kini, saya sudah mempunyai empat produk di bawah jenama yang sama ketika ini. Saya juga merupakan ahli lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd. yang juga pemilik jenama wangian ini.

“Selain boleh didapati atas talian, kami memasarkan produk ini di lapan rangkaian pasaraya AEON antaranya Maluri, Bukit Tinggi dan banyak lagi. Selain itu dalam tahun ini juga kami sudah mengenal pasti lima lagi rangkaian pasaraya AEON yang akan turut menerima produk ini untuk negeri di Selatan dan Pantai Timur,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Allahu apa masalah dia eh? Tak kena dekat batang hidung sendiri berani lah kan

Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

Trending Sat, 2 Nov 2019
Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dipuji Mentua Idaman Wanita, Sheila Rusly Usik Nak Jadikan Fazura Menantu – “Kalau Ada Anak Lelaki Lagi Boleh Jodohkan…”

Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

Hiburan Wed, 15 Jan 2025
Trending Thu, 18 Jun 2020
Trending Sat, 21 Aug 2021
error: Content is protected !!