Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 23, 2022 @ 3:42pm

“Tak Apa, Biar Saya Rayu Bantuan…” – Aznil Nawawi Bantu Zamani Kumpul Dana Pembedahan, Sudah Cecah RM32,000

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil turut bersedih dengan berita yang berlaku kepada Zamani dan membuat keputusan untuk membantu penyanyi itu mengumpul dana pembedahan.

Zamani menderita penyakit skoliosis iaitu keadaan di mana tulang belakang bengkok dan perlu membuat pembedahan untuk memasukkan besi bagi menyokong tulang belakang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Menerusi perkongsian Paknil di Instagram, dia tersentuh selepas menonton laporan mStar yang mengatakan Zamani membuat persembahan untuk mengumpul dana pembedahannya sendiri dan tidak mahu merayu bantuan orang ramai.

Paknil juga membuka akaun peribadinya sendiri bagi membantu kutipan dana itu.

“Takpe. Biar Paknil yang rayu bantuan. Paknil runsing kalau dia terpaksa bekerja keras untuk kumpul dana akan memudaratkan keadaan kesihatan beliau.

“Paknil bukakan akaun peribadi Paknil untuk mengumpul dana membantu pembedahan Zamani. Insya-Allah,” tulisnya.

Menurut Paknil, tidak sampai seminit perkongsian itu dibuat, ramai yang prihatin mendermakan wang untuk penyanyi itu dan dana terkumpul sudah sebanyak RM1,841.76 termasuk dirinya sendiri.

“Subhanallah tak sampai seminit posting, ramai yang prihatin untuk membantu. Terima kasih,” tulisnya.

Di Instagram Story Paknil, setiap beberapa jam dia akan mengemaskini jumlah terbaru dana tersebut.

Terbaru, selepas 15 jam, dana yang terkumpul adalah sebanyak RM32,190.21.

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa juga turut membuat hebahan mengenai niat baik Paknil itu di Instagram Story miliknya.

“Sama-sama kita bantu. Terima kasih Paknil,” tulis Neelofa.

Di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan pengikut Paknil mendoakan agar dipermudahkan segala urusan dan berterima kasih kepadanya atas inisiatif yang baik itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Oct 2024
Hiburan Sat, 8 Mar 2025

“Takkanlah Setiap Kali Jumpa Anak, Saya Nak Upload..” – Fattah Amin Nafi Tuduhan Terlalu Sibuk Sampai Tak Sempat Bertemu Fatima

Fattah Amin menyangkal tuduhan yang mendakwa dia tidak sempat bertemu anak kerana terlalu sibuk.

Featured Fri, 26 Jul 2024
Trending Thu, 14 Mar 2019

Jangan Panik! Whatsapp, Facebook Dan Instagram Alami Gangguan

sekurang-kurangnya boleh rehatkan mata dari tengok handphone je!

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

ABPBH 37 Cipta Rekod Baharu Dengan 61.7 Juta Undian

Rekod baharu untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian!

Featured Mon, 23 Feb 2026

Persis Anak ‘Mat Salleh’, Siti Saleha Dedah Wajah Anak Sulung

Pelakon Siti Saleha menyorot perhatian apabila buat pertama kali berkongsi wajah anak sulungnya, Indra yang selamat dilahirkan pada 3 Januari lalu.

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Thu, 26 Aug 2021

“Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil & Psiko Oleh Seorang Ustazah”- Nora Ariffin

Sudah menjadi lumrah bergelar seorang anak seni pastinya dihujani dengan pelbagai pujian dan juga cacian. Menerusi laman Instagramnya, penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin berkongsi bahawa dirinya pernah dipanggil dengan gelaran perempuan psiko dan jahil oleh […]

error: Content is protected !!