Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 13, 2021 @ 3:10pm

“Tak Berhenti Menangis, Berpeluh..” – Sarimah Ibrahim Dedah Alami Kemurungan Selepas Bersalin

Personaliti menarik yang dimiliki oleh Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya membuatkan dirinya disegani ramai.

Meniti populariti sebagai pengacara kesayangan ramai, Sarimah kini lebih selesa memberi fokus kepada keluarga semenjak bergelar ibu kepada Tunku Sofia Najihah, 2, hasil perkahwinannya dengan dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Terbaru, wanita kelahiran Ireland itu kini dilantik sebagai penaung kepada Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental.

Sarimah sempat mendedahkan pengalamannya sewaktu melahirkan anaknya,

“Saya sendiri berdepan dengan masalah post partum depression selepas kelahiran anak saya. Saya berdepan dengan masalah susah untuk melelapkan mata berpeluh, panas baran dan tak berhenti menangis”.

“Setelah mengenal pasti simptom tersebut, saya mendapatkan rawatan selama 6 bulan menerusi terapi, pakar profesional dan sebagainya” kata beliau di sidang media National Alliance of Mental Health MIASA.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk mengutamakan kesihatan mental dan segera mendapatkan rawatan.

“Ada di kalangan individu lain yang mungkin mempunyai simptom gangguan kesihatan mental, tetapi tidak tahu bagaimana mahu mendapatkan bantuan.

“Ia menyebabkan mereka bertindak memendam masalah kesihatan mental tersebut seorang diri, sehingga menjadi semakin parah dan sukar untuk kembali pulih,” katanya.

Atas dasar ini, MIASA menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang berpendapatan rendah atau B40, bagi membantu golongan terbabit menerima rawatan sewajarnya.

Individu yang memerlukan bantuan mengenai kesihatan mental, boleh menghubungi talian hotline MIASA di 03-7932 1409 dan 019-232 2423 atau menerusi email di alamat  [email protected].

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Oct 2019
Events Mon, 30 Jan 2023

Song Joong Ki Umum Kahwin, Katy Louise Saunders Sah Hamil Anak Pertama

tetibe rasa sebak teringat drama DOTS🥲🥲🥲

Events Mon, 4 Apr 2022

Naz Carpentry Saman Awal Ashaari: Perbicaraan Kes Langgar Kontrak Bermula Hari Ini

perbicaraan akan berlangsung selama 3 hari secara atas talian

Hiburan Mon, 11 May 2026

“Expect Saya Pakai Jubah Ke?” – Terkilan Niat Ikhlas Dipersoal, Nabila Huda Kecewa Bisnes Pasta Dikecam

Nabila turut menegaskan dirinya bukan seorang yang hipokrit semata-mata mahu meraih perhatian atau pujian orang ramai.

Hiburan Sat, 19 Feb 2022
Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Mon, 3 Jul 2023
error: Content is protected !!