Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom March 30, 2018 @ 12:59pm

Tak Perlu Susah-Susah Buat Pembedahan, 4 Cara Ini Confirm Buat Hidung Jadi Mancung

Memiliki hidung yang mancung menjadi idaman setiap orang baik wanita mahupun lelaki. Ini kerana dengan mempunyai bentuk hidung yang sempurna, pastinya menambahkan lagi kecantikan dan ketrampilan wajah seseorang.

Namun begitu, penduduk di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand bukanlah kaum yang dilahirkan dengan genetik semula jadi berhidung mancung. Melainkan mereka itu mempunyai darah kacukan Inggeris, India, Pakistan mahupun Arab.

Bagaimanapun tak usah khuatir kerana anda sebenarnya masih mempunyai harapan untuk memiliki hidung mancung dan cara ini tidak perlu melalui proses pembedahan. Akan tetapi terapi secara semulajadi.

Nak tahu cara-caranya, amalkan empat tip dan petua ini.

1. Gunakan Nose Up Clipper

Lambakan Nose Up Clipper di pasaran juga secara talian sehingga ianya boleh didapati di farmasi termasuklah Watson dan Guardian. Amalkan pemakaian Nose Up Clipper ini setiap pagi, petang dan malam sebelum tidur kira-kira 10 hingga 15 minit. Amalkan setiap hari, InsyaAllah saiz hidung anda akan lebih mengecil dan mancung. 

Foto Kredit : amazon.in

2. Mencubit Secara Rutin

Cara seterusnya untuk memancungkan hidung adalah dengan mencubit hidung secara lembut dan dilakukan berterusan setiap hari. Caranya adalah dengan memegang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian tahan dalam masa 4 hingga 5 minit agar hidung menjadi mancung. Hindari mencubit hidung secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit hidung melecet di samping menjaga tulang rawan hidung. 

Foto Kredit : tips-cara.info

3. Urutan Hidung

Anda juga boleh cuba mengurut bahagian hidung mancung. Caranya adalah dengan mengurut menggunakan jari anda dan menolak posisi hidung ke bahagian atas.

Foto Kredit : Azhan.co

 

4. Smiling Fish Frenzy

Smilling Fish Frenzy adalah salah satu senaman atau gerakan dalam yoga. Caranya, kamu hanya perlu senyum sambil menutup mulut dan tahan selama 15 – 20 minit. Setelah itu, kembali ke posisi normal dan ulangi beberapa kali. Senaman muka ini dapat mengecilkan otot pipi dan hidung.

Foto Kredit : azhan.co

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Sep 2019

10 buah untuk kulit cantik

Guna bahan semula jadi

Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Oh Lawa Thu, 31 Jan 2019
Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018
Featured Sun, 20 May 2018

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal.

Oh Lawa Tue, 5 Jun 2018

Ringkas Dan Mudah, Ini Tutorial Gaya Tudung Bawal YB Nurul Izzah

Jom belajar cara nak gayakan hijab seperti YB Nurul Izzah ini. Pasti anda bertambah cantik dan manis!

Featured Wed, 25 Jul 2018
Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Featured Sat, 21 Mar 2020

Cantiknya Fasha Sandha walau tanpa solekan, ini rahsianya

Kongsi 4 langkah kecantikan semula jadi

error: Content is protected !!