Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 21, 2025 @ 4:42am

Tak Sangka Dapat Anugerah Wanita Muda… Cik B Dedah Lelaki Misteri Hanya Sekadar Teman

Usahawan muda Cik B, anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, menafikan spekulasi bahawa lelaki misteri yang muncul dalam hantaran terbarunya di Instagram adalah kekasihnya.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata lelaki itu merupakan rakan lama, namun dia belum bersedia untuk mendedahkan identitinya, yang berasal dari Kelantan.

“Dia hanyalah kawan baik saja, kena ‘friend-zone’ kiranya. Tak boleh nak dedahkan siapa lagi, tunggu masa yang sesuai. Apa pun, dia bukanlah teman istimewa.

“Kami saling mengenali sejak enam tahun lalu dan sering keluar bersama, nama pun kawan baik.

“Ketika itu saya sedang bersedih. Saya mintanya untuk belikan saya bunga, dia pun beli dan kami keluar makan. Bagi saya, dia seorang kawan yang bagus,” katanya.

Penyanyi lagu Kami Budak Gen Z itu berkata demikian selepas menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025, yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sebelum ini, hantaran tersebut menarik perhatian netizen apabila Cik B dilihat menikmati makan malam bersama lelaki berkenaan di sebuah restoran mewah, selain menerima sejambak bunga dan hadiah daripadanya.

Dalam pada itu, Cik B turut mengakui bahawa dia lebih selesa berkawan dengan individu yang sekepala dan serasi dengannya.

“Ada juga yang komen lelaki berkenaan cuba rapat dengan saya hanya kerana duit, tapi ramai yang tak tahu individu tersebut pun kaya juga. Jadi kita sekufu.

“Saya memang akan cari golongan yang ‘sekufu’, tapi dalam berkawanlah maksud saya. Sebab kadang-kadang kalau kita tak sekepala, susah juga.

“Saya tak pandang pada duit atau harta, tapi pemikiran seseorang,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai Anugerah Wanita Muda yang diterima atas kejayaannya dalam dunia perniagaan, Cik B meluahkan rasa syukur dan terharu atas pengiktirafan tersebut.

“Saya memang tak sangka, tapi pada masa sama rasa terharu dan bersyukur. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang tak pernah putus menyokong.

“Malah saya pernah terfikir, adakah saya ini berhak untuk terima penghargaan sebegini. Saya ni biasa-biasa saja, tapi alhamdulillah semuanya atas berkat doa ibu dan penyokong.

“Dalam banyak-banyak wanita muda lain yang berjaya, tapi saya yang dipilih dan ada rezeki untuk terima anugerah ini. Terima kasih,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Selebriti Mon, 29 Apr 2024
Hiburan Fri, 4 May 2018

Minat Seni Khat, Datuk Aaron Aziz Lancar Kempen ‘Journey To Insyirah’

Saya rasa kempen ini lebih dekat dengan jiwa saya…

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

Orange陈慧恬拍拖啦!

八度空间主持人兼歌手Orange陈慧恬与香港摄影师Nash Lee相识逾半年,今年1月谱出异国恋曲。这也是她出道11年来首次对外认爱,似乎已认定对方,更被外界揣测好事近了?

Hiburan Wed, 14 Sep 2022

Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah 🤲🏼

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Neelofa Gembira Dengan Diri Sendiri?

Justeru itu, tidak hairanlah jika wanita sepertinya dijadikan sebagai inspirasi kerana sentiasa positif dan terus mengorak langkah dalam bidang yang diusahakannya

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Mon, 30 Jan 2023

“Best Ke Mabuk-Mabuk? Bukan Dah Ikut Tabligh?” – Tular Video Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal MK K-Clique

Alamakkk, betul ke ni? Ada yang dakwa MK pergi kelab malam setiap hari?? 🥵

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Lazada To Sell G-Dragon Limited Edition Merchandise!

G-Dragon has started his mandatory military service this week but he has prepared a special present for all of his fans!

error: Content is protected !!