Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 10, 2026 @ 1:03pm

“Tak Semua Orang Ada Visi Sama” – Syamel Terkilan ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke AJL40 Separuh Akhir, Beri Bayangan Mahu Berehat?

Penyanyi, Syamel mengakui terkilan apabila lagu berjudul Hamba Cinta tidak berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40 Separuh Akhir.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Syamel atau nama lengkapnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, berkata hasratnya untuk membawa lagu tersebut lebih jauh tidak kesampaian.

“Dah buat sehabis baik. Kadangkala yang terjadi di luar kawalan bidang kita.

“Sedikit terkilan sebab saya nak sangat bawa Hamba Cinta lebih jauh kepada anda semua.

“Tapi tak semua orang ada visi dan usaha yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Beribu Tanda Tanya itu turut memberi bayangan dia mahu berehat seketika, namun tidak menjelaskan secara terperinci.

Dalam pada itu, Syamel yang juga suami kepada penyanyi, Ernie Zakri ini turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti memberi sokongan.

Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti menitipkan kata sokongan buat Syamel agar tidak patah semangat dan terus berkarya.

Sebanyak 20 lagu yang berjaya ke fasa seterusnya yang bakal menyaksikan pertembungan sengit antara penyanyi seperti Black Hanifah (Hijab Rindu), Amir Masdi (Nurcinta), Haqiem Rusli (Nostalgia), Dayang Nurfaizah (Lemah), Khai Bahar (Kerana Ego), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa), Shila Amzah (Pernah Punya Aku), Floor 88 (F), K.O.I (Twikarma), Ameerais dan Mariam Saim (Puaskah).

Selain itu, turut tersenarai adalah Iman Ajmain (Seribu Tahun Lagi), Aisha Retno (Tak Adil), Hazama (Semacam Pandora), Amira Othman dan Irfan Haris (Rasa dan Takdir), Wani Kayrie (Cak Cak Cekuk), Tajul dan Afieq Shazwan (Hilangmu Tak Terganti), Aina Abdul (Kamu), Stacy (Menyala), Luca Sikta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni), serta Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika).

Saringan penuh debaran AJL40 Separuh Akhir bakal bersiaran secara langsung pada 17 dan 18 April 2026, jam 9:00 malam di TV3 dan boleh distrim secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 13 Jun 2022
Featured Thu, 26 Jun 2025
Hiburan Thu, 15 Aug 2019

「芭莎公主」欣彦受邀香港视听展演出!旅游体验香港生活

芭莎公主欣彦相隔8年推出新专辑《Romancing Asia 唱游亚洲》日前受邀到香港出席高级视听展参与演出,受到当地歌迷热情的欢呼声回应。

Trending Fri, 30 Mar 2018

OMG! Limpahan Najis Punca Pulau Boracay Ditutup?

Kepulauan yang terletak 190km ke selatan Manila itu menerima kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun, menjana 56 bilion peso (RM4.3 bilion) keuntungan setahun.

Featured Thu, 7 Sep 2023

Muat Naik Foto Di IG, Netizen Dakwa Syafiq Kyle Nampak Lebih ‘Happy’?

Banyak betul interpretasi untuk foto peace syafiq ni kan?🫣

Featured Wed, 22 Jun 2022
error: Content is protected !!