Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 16, 2018 @ 8:51am

“Tak Takut Gugur Ke?” Netizen Kecam Isteri Sharnaaz Ahmad Makan Durian Banyak

Baru-baru ini kecoh dilaman sosial apabila Sharnaaz Ahmad memuat naik satu video menunjukkan isteri beliau, Noornabila yang kini sarat 5 bulan memakan durian. 

Bagi sesetengah netizen memakan durian di usia kandungan 5 bulan itu adalah dianggap tidak baik dan boleh memudaratkan bayi yang dikandung. 

Namun, apa yang lebih menyakitkan hati ialah, terdapat segelintir netizen yang mengeluarkan statement yang dianggap keterlaluan sehingga ianya boleh mengguris hati sesetengah pihak. Malah, komen yang tinggalkan oleh netizen diruangan komen instagram itu seterusnya membawa kepada pergaduhan sesama mereka. Adoiiii, apa nak jadi ni?

Walaubagaimana pun, isu ini turut mendapat perhatian doktor yang dipetik menerusi status dilaman Facebook beliau yang mendakwa bahawa tiada kajian makan durian boleh menyebabkan keguguran.

Apapun, sebagai peminat Sharnaaz Ahmad dan Noornabila anda haruslah sentiasa mendoakan agar pasangan ini mendapat bayi yang comel dan sihat. Tak gitu?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Saya Akan ‘Stay’ Sini 28 Hari..” – Kaka Azraff Tak Mahu Pantang Di Rumah

Kalau kebanyakan ibu baru bersalin berpantang di rumah, berbeza pula dengan penyanyi Bukan Hal Aku ini. “Saya akan ‘stay’ di sini 28 hari. Nak tengok rutin harian, boleh tengok di IG Story saya ya?” kata […]

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Featured Sat, 14 Mar 2026

Impian Nur Shahida Berjumpa Amyza Aznan Tertunai, Tawar Jadi Pengacara Sempena Jualan Lelong 72 Jam Tanpa Henti

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa bersyukur apabila dapat bertemu dan bekerjasama bersama pelakon dan pelawak, Amyza Aznan.

error: Content is protected !!