Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom July 28, 2018 @ 2:00pm

Tak Usah Gusar Jerawat Atau Masalah Gout Bila Makan Apam Balik Istana

Penggemar apam balik di Lembah Klang terutama yang tinggal di Shah Slam dan Klang pasti biasa mendengar atau membeli ‘Apam Balik Istana’.

Istimewanya mengenai Apam Balik Istana ini, bukan saja intinya yang mewah bahkan penggunaan bijiran nestum yang berkhasiat sebagai bahan gantian kepada kacang goreng, antara sebab utama mengapa ianya disukai ramai sehingga pernah tular satu ketika dulu.

Foto: Utusan

“Resipi saya berbeza dengan yang ada di pasaran. Saya guna bijirin kering atau ‘nestum’ dan tak pakai kacang. Sebab kacang, orang tua tak boleh makan, takut dapat sakit gout dan perempuan pula tak gemar kerana naik jerawat. Jadi bila pakai nestum, semua boleh makan,” jelas pemilik dan pengasas Apam Balik Istana, Norzaidi Nordan.

Sejak berita tentang Apam Balik Istana tular, jualan hidangan minum petang itu mendadak laris sehinggakan mampu mencecah RM1,000 sehari pada satu-satu masa.

Terdapat tujuh cawangan kesemuanya, Norzaidi yang mesra disapa penduduk sekitar Jalan Kebun sebagai Bob, turut menggunakan modul perniagaannya untuk membantu orang muda lain untuk berniaga.

Foto: Utusan Online

“Saya dulu penghantar surat, ‘despatch’, lama juga saya bekerja, dalam sembilan tahun.

“Selepas itu bila sudah lama kerja, saya mula rasa bosan. Kebetulan saya memang minat berniaga, dan sejak itu saya mula memasang tekad,” katanya mengimbau perkerjaannya yang lalu.

Menurut Bob, produknya diberikan nama sebegitu rupa kerana beliau banyak melakukan kerja-kerja katering membantu rakannya di Istana Alam Shah, Klang, mencetuskan nama Apam Balik Istana.

Foto: Astro Awani

Sumber: Astro Awani 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 17 Mar 2020

Ikan singgang juadah ringkas, tetapi banyak khasiat

Jangan pandang sebelah mata menu ini

Eat Travel Sat, 1 Jun 2019
Eat Travel Tue, 12 Jun 2018

Hidangan Ayam Masak Merah Menu Wajib Pagi Raya

Tak lengkap rasanya raya kalau tak makan ayam masak merah!

Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Eat Travel Mon, 11 Jun 2018
Eat Travel Sun, 17 Jun 2018

Suhu Mencecah 8°C, Kafe Di Pulau Pinang Ini Bakal Buat Anda Beku!

Dekorasi dalamannya yang mempamerkan ukiran dan sculpture ais, pastinya membuatkan anda terasa seakan berada di kutub Utara.

Eat Travel Tue, 26 Nov 2019

DoubleTree by Hilton tawarkan sajian meriah sempena Krismas, macam-macam ada!

Sambut musim perayaan dan cuti ini dengan makan puas-puas!

error: Content is protected !!