Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 5, 2018 @ 3:51am

Takut Dengan Korea Utara, Jutawan Nekad Bina Kubu Bawah Tanah!

Dek kerana takut dengan serangan Korea Utara, seorang jutawan Amerika Syarikat (AS) membina terowong dalam rumah berhampiran Washington untuk berlindung!

Beliau dilaporkan mengupah seorang lelaki untuk menyiapkan terowong berkenaan namun rancangan tidak berjalan seperti yang dirancang selepas lelaki itu maut dalam kebakaran. Nampaknya jutawan itu bakal didakwa tak lama lagi.

Daniel Beckwitt, seorang pakar teori konspirasi dan pedagang saham bertaraf jutawan membayar bon jaminan AS$100,000 (RM397,251.02) dan dibebaskan daripada tahanan pagi semalam, lapor WRC-TV.

Beckwitt, 27, didakwa dengan pembunuhan darjah kedua dan membunuh secara sengaja dalam kaitan kematian Askia Khafra, 21 pada September 2017.

Khafra maut apabila satu kebakaran meletus di bilik bawah tanah ketika mangsa menggali terowong di bawah rumah Beckwitt di Bethesda di sini, terletak di pinggir Washington.

Peguamnya, Robert Bonsib memberitahu mahkamah Khamis lalu, anak guamnya seorang ‘individu luar biasa’ apabila juri agung mendakwa jutawan terbabit, lapor akhbar The Washington Post.

Beckwitt, dijangka hadir di mahkamah 8 Jun ini, ‘mahu membina sebuah kubu bawah tanah selamat kerana kebimbangannya berhubung ketegangan antarabangsa, Korea Utara dan peluru berpandu balistik antara benua,’ kata Bonsib.

Khafra dilaporkan bertemu Beckwitt menerusi media sosial dan dimaklumkan, ‘jika dia menggali terowong tanpa henti pada siang dan malam serta tidur, makan dan ke tandas dalam terowong itu, dia akan diberi pampasan sehingga dapat memulakan syarikat impiannya,’ kata pembantu peguam negeri Montgomery, Doug Wink kepada mahkamah menurut WJLA-TV.

Terowong itu dilaporkan digali pada dasar bilik bawah tanah sebanyak tiga meter dan panjang kira-kira 61 meter.

Sumber: AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

Featured Thu, 29 Jul 2021

Comeback is Real! Fafau & AG Kembali Ke Hot FM, Peminat Mahukan FBI Pula

Setelah hampir 5 tahun meninggalkan Hot FM, personaliti radio terkemuka, Fara Fauzana kembali menjalankan tugas di stesen terbabit bersama rakan penyampai, AG. Kehadiran Fara dan AG dijangka merancakkan lagi rancangan GPH bersama-sama Fad Bocey. Menerusi […]

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Trending Mon, 12 Apr 2021
Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Kes Mahkamah Thu, 20 Jun 2024
Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bukan Nak Sorok Tapi…” – Neelofa Minta Beri Masa Untuk Kongsi Wajah Bilal

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya 😘 Tapi, min pun tak sabar nak tengok Bilal 😍

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
error: Content is protected !!