Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 8, 2018 @ 3:42am

Takziah buat Aunty Lai Meng’

Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau ‘Aunty Lai Meng’, meninggal dunia pada usia 90 tahun, Ahad malam.

Menurut laporan berita Sin Chew Daily, pelakon wanita itu meninggalkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Meng Yi, yang nama sebenarnya Lai Kwai Yoon mula menceburi bidang seni sebagai salah seorang daripada sekumpulan empat anggota yang popular menerusi sketsa komedi radio dalam tahun 1950-an. Kemudian, beliau menjadi terkenal dalam siri televisyen Empat Sekawan yang kali pertama disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1966 sehingga selama dua dekad dan berakhir dalam tahun 1980-an.

Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau ‘Aunty Lai Meng’, meninggal dunia pada usia 90 tahun, Ahad malam. Menurut laporan berita Sin Chew Daily, pelakon wanita itu meninggalkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Meng Yi, yang nama sebenarnya Lai Kwai Yoon mula menceburi bidang seni sebagai salah seorang daripada sekumpulan empat anggota yang popular menerusi sketsa komedi radio dalam tahun 1950-an. Kemudian, beliau menjadi terkenal dalam siri televisyen Empat Sekawan yang kali pertama disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1966 sehingga selama dua dekad dan berakhir dalam tahun 1980-an.

Pelakon itu juga menjadi popular menerusi wataknya sebagai seorang ibu yang menderita penyakit Alzheimer dalam filem Money No Enough II, arahan pengarah Singapura Jack Neo, pada tahun 2008. Meng Yi menerima anugerah Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tahun 2013.

Beliau juga dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, pada 1 Mei lepas. Meng Yi menerima anugerah Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tahun 2013. Beliau juga dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, pada 1 Mei lepas.

Foto credit : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

KYLIE JENNER GIVES BIRTH TO FIRST BABY WITH TRAVIS SCOTT

Kylie Jenner went into hiding last year after people started speculating on her pregnancy. Now, she has given birth and the baby daddy is none other than rapper Travis Scott.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Terima Kasih Peminat, Ayda Jebat Terharu!

Single Balada, Pinjamkan Hatiku yang telah dilancarkan setahun lalu kini mendapat tempat dihati peminat. Ayda Jebat akui terharu dengan sokongan peminatnya.

Featured Thu, 7 Jul 2022

“Harga Salt Bae Tak Mahal Mana Pun..”- Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Riyak Makan Mewah Di London

Berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Rezeki Aeril, Wawa dan rakan-rakan dapat merasa makan mewah 🤩

Featured Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] First Time Pergi Dobi Layan Diri, Nora Danish Teruja – “This Is Fun Actually!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik pelakon terkenal Nora Danish di platform TikTok yang memaparkan dia sedang merakam suasana sebuah dobi di Perlis, baru-baru ini. Menurut Nora, ini merupakan pengalaman pertama dia ke dobi layan […]

Hiburan Wed, 2 Jul 2025

[VIDEO] “Nantikan Sabtu Ini, Ada Pengumuman Guys!” – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim bakal buat pengumuman penting pada acara Anugerah Melodi TV3 Sabtu ini

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

“Good Music Can Be Accepted Anywhere but Not in Malaysia…”

Award-winning singer slams Malaysian music scene.

Featured Thu, 23 Sep 2021
Hiburan Wed, 26 Mar 2025
error: Content is protected !!