Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin May 10, 2018 @ 5:00pm

Tambat Hati Suami Dan Anak Dengan Hidangan Sosej Cheese Crispy Ini. Pasti Menjilat Jari!

Biasanya kalau waktu minum petang apa ya menu yang biasa anda sediakan? Pisang goreng? Karipap? Ataupun keropok lekor? Mesti anda boring dengan menu tersebut kan? Jangan risau, penulis nak kongsikan resepi yang diilhamkan oleh Hanafi Abdul Hayy mengenai cara nak buat sosej cheese cripsy. 

Caranya cukup mudah dan pasti hidangan istimewa ini disukai oleh seisi keluarga anda. Jom kite ketahui cara nak buat sosej cheese crispy ini:

Bahan-bahannya:

3 Gelas tepung gandum

1 Sudu besar tepung jagung

3 Biji telur

1 Sudu teh serbuk lada hitam

Garam secubit

Kejungan keju secukupnya

Lidi sate

Sosej

Serbuk roti

Cara-caranya:

1. Satukan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati

2. Setelah sebati, masukkan 3 atau 4 keping keju yang telah dicairkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 

3. Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperti dalam gambar.

4. Apabila sudah siap, masukkan sosej tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 15 minit bagi melekatkan keju dengan sosej tersebut.

5. Setelah 15 minit, celupka sosej tadi dalam adunan tepung tadi dan celupkan pula dalam serbuk roti.

6. Panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang perlahan. Goreng sosej sehingga menjadi warna kuning keemasan. Siap untuk dihidangkan. Api yang perlahan akan membuatkan lapisan kulit sosej menjadi rangup dan kejunya tidak cair.

Mudah sahaja kan? Kalau makan sosej cheese crispy ini panas-panas pasti sedap! Anda juga boleh nikmati keenakkan sosej ini bersama sos cili ataupun sos tomato. Selamat mencuba!

Sumber: Keluarga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Bubur Pulut Hitam Ini Rasanya Lemak Manis, Sedap Sangat!

Senang je nak buat bubur pulut hitam ini!

Eat Travel Tue, 2 Oct 2018
Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Wed, 12 Feb 2025

Terus Kembangkan Sayap Cawangan Keempat, Jom Nikmati Sajian Stik & Udang Kara Premium di Elmina

Kay’s Steak & Lobster kini meluaskan operasi dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.

Eat Travel Sat, 28 Sep 2019

Cara yang kreatif untuk anda memasak kubis bunga

Bukan sekadar lazat malah baik untuk kesihatan anda!

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Thu, 10 May 2018

5 Lokasi Paling Awesome Yang Patut Anda Kunjungi. Jimat Sebab Dalam Malaysia Saja!

Masih tak tahu lokasi yang best untuk bercuti? Jom pergi 5 lokasi ini!

Eat Travel Mon, 6 Apr 2020
Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Jom belajar buat jamu manjakani, cik abang mesti ‘suka’

Banyak kebaikan mengamalkan jamu ini!

error: Content is protected !!