Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 27, 2025 @ 8:41pm

Tampil Elemen Retro, ‘Nostalgia’ Tonjol Vokal Luar Biasa Ernie Zakri

Penyanyi tersohor, Ernie Zakri, kembali dengan single terbaharunya berjudul Nostalgia iaitu sebuah lagu cinta yang membawa suasana tenang dan menggembirakan.

Lagu yang mengangkat tema kebahagiaan dalam cinta, dengan mesej universal tentang kegembiraan bersama hingga ke penghujungnya ini tidak hanya dikhaskan untuk hubungan kepada pasangan tetapi juga keluarga dan  persahabatan.

Lebih istimewa, lagu ini dicipta sepenuhnya oleh pelantun lagu Rindu, Allan Andersn.

Malah, single Nostalgia ini juga menyampaikan mesej tentang kebahagiaan yang berkekalan serta rasa syukur terhadap kebersamaan.

“Lagu ini menggambarkan kisah cinta yang bahagia, dan ia juga boleh didedikasikan kepada insan tersayang seperti ibu bapa, adik-beradik, sahabat, serta para peminat saya,” ujar Ernie.

Berkongsi pengalaman di sebalik pembikinan lagu ini, Ernie menyatakan bahawa proses rakaman Nostalgia berjalan lancar meskipun jadualnya padat.

“Rakaman lagu ini sangat menyeronokkan kerana saya dapat bekerjasama dengan seorang penerbit berbakat seperti Allan. Kami bereksperimen dengan pelbagai alunan vokal dan harmoni. Walaupun sibuk, proses rakaman tetap berjalan dengan mudah dan cepat,” jelasnya.

Menurut penyanyi lagu Masing-Masing ini, Nostalgia tampil dengan keunikan tersendiri melalui elemen retro yang menyegarkan.

Lagu ini membawa nuansa klasik yang mengingatkan kepada gaya muzik Datuk Sheila Majid, namun dengan sentuhan moden dan elemen vintaj.

“Sentuhan retro dan sedikit elemen vintaj menjadikan lagu ini berbeza daripada karya-karya saya sebelum ini. Itulah yang menjadikannya istimewa bukan sahaja bagi saya tetapi juga untuk peminat yang menggemari muzik saya,” tambahnya.

Single ini turut mencerminkan hala tuju baharu dalam projek-projek akan datang Ernie selain memberikan nafas segar kepada albumnya, Aura.

Meskipun sibuk dengan projek kekangan kerja dan projek,  Ernie bagaimanpaun sedia menumpukan sepenuh perhatian terhadap promosi single Nostalgia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aura (@erniezakri)

Sekadar info, Nostalgia merupakan lagu bergenre Pop dan Citypop hasil ciptaan Allan Andersn yang menonjolkan keupayaan vokal luar biasa Ernie.

Lagu ini menggabungkan lirik yang menyentuh hati dengan melodi yang memikat, membangkitkan emosi dan kenangan indah.

Antara elemen yang menyerlah dalam lagu ini ialah lima perubahan utama yang meningkatkan kesan emosi, sekaligus menyerlahkan julat vokal Ernie.

Lirik seperti “Oh bulan, bisikan cintaku, takkan ku lepaskan dirimu,” menggambarkan tema kerinduan dan kasih yang abadi.

Dengan susunan muzik berinspirasikan retro serta persembahan bertenaga daripada Ernie, Nostalgia menggabungkan keindahan muzik klasik dengan kecanggihan moden.

Single ini boleh didengari di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer, dan YouTube Music bermula 21 Februari 2025.

Sementara itu, muzik video rasmi Nostalgia akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 26 Februari 2025.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Sat, 10 Mar 2018

林志玲罕见谈言承旭!甜笑赞「表现很好」

林志玲和言承旭情缠15年,2017年11月被爆在大马复合约会,虽然双方都未正面承认,仅表示是在刚联系上的阶段,但仍让不少支持这对的粉丝兴奋不已,她近来出席活动时,也罕见松口谈到男方,大赞对方在春晚的表现相当好!

Featured Mon, 17 Dec 2018

Figura: I Used To Be An Active Student – Sarah Suhairi

Sarah Suhairi tolak tawaran universiti demi perjuangan seni!

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Thu, 24 Jul 2025

Wanita Fitnah Ubai ‘Biawak Hidup’ Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Ada Niat Nak Aib Atau Sakiti Mereka”

Wanita yang dikenali sebagai Wana itu mengakui kesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya.

LIFESTYLE Fri, 29 Dec 2017

8 THINGS YOU SHOULD NEVER MISS THE CHANCE OF DOING IF YOU GO TO IPOH

We think that’s a cue for you to get packin’! 

error: Content is protected !!