Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 29, 2018 @ 2:13am

Tarif Air Selangor Bakal Naik?

Berikutan kerajaan Negeri Selangor melakukan penstrukturan semula pengurusan air bulan depan, tarif air di negeri berkenaan bakal meningkat.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, langkah ini merupakah kaedah terbaik buat Syarikat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) membayar balik kepada Pengurusan Aset Air Berhad (Paab) bagi menyelesaikan proses pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

“Tarif yang ada sekarang sangat rendah. Ini adalah kadar seperti 20 tahun lalu.

“Namun, bercakap soal kenaikan itu, ia bukannya akan dinaikkan terus sehingga 100 peratus namun secara berperingkat semi mendapatkan bekalan air terawat yang lebih baik,” katanya seperti dipetik oleh Malay Mail.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa proses penstrukturan semula industri air di Selangor yang tertangguh sebelum ini akan dimuktamadkan pada awal atau pertengahan Ogos depan.

Xavier sebelum ini turut menafikan laporan berita antarabangsa yang mengatakan bahawa kerajaan akan membayar RM1.9 bilion kepada Splash bagi proses pengambilalihan tersebut.

Beliau berkata, rundingan mengenai perkara itu masih dijalankan antara kedua-dua pihak dan ia dijangka akan selesai pada 10 Ogos depan.

Dalam pada itu, Xavier juga  turut enggan mendedahkan kadar kenaikan tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa tindakan itu perlu diambil seiring dengan pemerolehan Splash.

Mengulas mengenai pemberian air percuma di negeri itu, Xavier menjelaskan bahawa Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula perkara tersebut bagi menyediakan bekalan air dalam tempoh jangka masa panjang.

“Walaupun skim ini menjadi antara fokus dalam sistem penstrukturan semula air, tetapi saya merasakan program air percuma ini hanya perlu disasarkan ke kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah sahaja,”katanya.

Sebelum ini, proses penstrukturan semula air di Selangor tertangguh sejak sekian lama susulan kegagalan kerajaan negeri dan persekutuan semasa pentadbiran BN mencapai kata sepakat berkaitan nilai tawaran pengambilalihan Splash. – Malay Mail

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jan 2021
Featured Thu, 15 Sep 2022

Bekas Isteri DDNK Penat Tanggung Derita, Pilih Diam Bersebab – “Selesai Perbicaraan, Jumpa Di Mahkamah!”

Takkan mampu untuk tahan dan dipertahankan lagi episod duka sejarah hitam – Watie, Bekas Isteri DDNK

Trending Tue, 23 Jan 2018

超准塔罗能量解读 网友「太不可思议」

2018年是一个新的开始,你已做好新一年的计划,承接这股全新的力量了吗?如果你了解自己今年的优势力量,那将有助展开这趟年度灵魂之旅。闭上眼睛想象下,一年后回顾2018,看见自己丰富多元的展现,嘴角会不自禁上扬。

Featured Sat, 20 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir – “Dia Orang Terakhir Tinggalkan Majlis”

Neelofa dalam perancangan untuk lakukan majlis ilmu besar-besaran untuk orang ramai sertai ❤️

Trending Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Featured Sun, 11 Dec 2022
Trending Fri, 6 Aug 2021
Featured Thu, 11 May 2023
error: Content is protected !!