Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 23, 2021 @ 11:39am

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2, Jom Semak Jumlah Baki Mengikut Kategori

Pastinya ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa kedua akan dibuat setelah bayaran fasa pertama dikreditkan secara berperingkat bermula pada 24 Februari lalu.

Menurut kenyataan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan Malaysia,  bayaran bagi fasa kedua BPR akan mula dikreditkan pada awal Mei 2021.

Untuk makluman, baki bayaran bagi fasa kedua ini akan dibuat mengikut kategori seperti Bujang, Pendapatan Isi Rumah dan bilangan anak bagi setiap ahli keluarga.

Untuk makluman, penerima bayaran BPR fasa pertama telah menerima jumlah bayaran seperti berikut.

  • Kategori Isi Rumah – RM300
  • Kategori Bujang – RM150

Namun, bagi yang masih belum menerima sebarang bayaran pada fasa pertama BPR, pemohon digalakkan membuat semakan status secara online atau terus ke kaunter LHDN yang berhampiran.

 

Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM bpr.hasil.gov.my
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang Semak Status
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Selain itu, pemohon BSH 2020 dan BPN 2.0 yang lulus, TIDAK PERLU mengemas kini permohonan BPR sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.

 

 

Sumber : LHDN

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Feb 2018

Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Disebalik Keindahan ‘Wedding Of The year’ Yuna, Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Allahuakbar, terkejut min! Dah jadi trend ke sekarang ni 🥵

Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

Trending Fri, 6 Sep 2019

29 Kek Di Terima Agong Sempena Hari Keputeraan

Sebelum beredar Pasangan diraja sempat meluangkan masa & ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.

Hiburan Wed, 26 Mar 2025
error: Content is protected !!