Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin June 12, 2025 @ 12:08pm

Tawar Hidangan Lazat & Minuman Menyelerakan, Rasakan Suasana Seperti di Rumah Sendiri Di fennel & co.

Terletak di kawasan tenang dan hijau Bukit Tunku, fennel & co. bukan sekadar restoran baharu, tetapi sebuah ruang kejiranan yang dicipta untuk memberikan pengalaman seperti di rumah sendiri.

Menggabungkan elemen masakan, ketenangan dan hubungan sosial, fennel & co. membawa konsep ‘tempat milik semua’ yang menyambut setiap kunjungan dengan rasa keakraban.

Sama ada untuk menikmati kopi pagi, bersembang santai di waktu petang atau menjamu selera bersama insan tersayang di malam hari, ruang ini direka untuk menjadi lebih daripada sekadar tempat makan.

“Kami ingin wujudkan tempat yang terasa seperti rumah, bukan sahaja dari segi suasana, tapi juga dari segi layanan dan hidangan yang kami sajikan,” kata pasukan pengasas fennel & co.

Menariknya, restoran ini juga komited pada prinsip halal bukan hanya sebagai pematuhan, tetapi sebagai satu bentuk penghormatan dan kepercayaan kepada pelanggan.

Menu di fennel & co. merangkumi pilihan menarik dan kreatif yang pasti mengundang selera. Antara hidangan popular termasuk Biiig Breakfast dengan pilihan sosej ayam Sepanyol atau daging, Croque Monsieur yang menggabungkan ayam, keju dan sos mornay dalam roti brioche gebu, serta ayam goreng rangup berperisa buttermilk dan oat yang disajikan bersama tiga jenis sos pedas beraroma seperti gochujang, habanero dan chili lime. Tidak ketinggalan, Spageti Tomyam Udang menjadi pilihan buat pencinta rasa tempatan yang berani dan berempah.

Bagi penggemar minuman, fennel & co. turut menawarkan variasi matcha menarik, daripada Matcha Latte klasik hinggalah ke Matcha Blossom yang dihiasi krim strawberi, dan Dirty Matcha untuk gabungan unik antara matcha dan espresso.

Di fennel & co., setiap kunjungan dianggap satu kisah dan setiap kisah diraikan dengan makanan, minuman dan suasana yang menghubungkan kita semua. Tidak kira datang sendiri atau bersama keluarga, sentiasa ada tempat untuk anda di meja ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 21 Dec 2019

5 Award-Winning Chinese Restaurants Across Asia Perfect To Ring In 2020’s Year Of The Rat

Usher in the Year of the Rat with delectable delicacies at WorldHotels’ award-winning restaurants.

Fab Foodies! Tue, 12 Feb 2019

Need a Last-Minute Restaurant for Valentine’s Day? Go to Paya Serai at Hilton PJ!

Call to make a booking now if you haven’t gotten a place yet!

Fab Foodies! Thu, 26 Sep 2019

Ada Yang Kata Boba Boleh Keras Dalam Perut?

Peminat boba .. Ingat, segala yang berlebihan membawa mudarat

Fab Foodies! Wed, 8 Jan 2020

「食在欢喜」送福又送爱!推出限量版添财添喜新春碗筷组

茱莉蛋卷今年以「食在欢喜」为主题,用蛋卷作为人与人之间的桥梁,传递欢喜、幸福,发放正能量,同时配合活动送出限定的添财添喜的新春碗筷组。

Fab Foodies! Tue, 7 May 2019
Fab Foodies! Wed, 28 Mar 2018

明明超累却睡不着?多吃「5大好眠食物」一觉到天亮

生活中许多因素例如工作、压力,都可能让人睡不好,而长期失眠容易伤害身心,进而影响健康,其实,只要吃对食物,就能帮助睡眠。

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

Khasiat Buah Ciku

Khasiat buah ciku ada yang kata ubat untuk sembelit mahupun cirit birit. Ada lagi khasiat yang lain ya

Fab Foodies! Tue, 9 Apr 2019

Feel the Tickles When You Feast in The Laughing Fish by Harry Ramsden

Something fishy is going on in Resorts World Genting because people are laughing non-stop!

Fab Foodies! Tue, 2 Jan 2018

THIS CAFE GIVES AWAY FREE CROISSANT WHEN YOU PURCHASE A CUP OF COFFEE

The answer to your new year freebies’ prayers is here!

error: Content is protected !!