Categories: TECHTrending Hari Ini

3 Aplikasi Edit Gambar Paling ‘Best’ Untuk Android

Siapa disini suka edit gambar? Zaman sekarang zaman maju dan masing2 nak cepat. Kadang-kadang tidak sempat nak transfer gambar ke laptop,jadi nak terus edit guna phone. Lagi mudah. Tapi apa ‘apps’ yang perlu digunakan?

1.PICSART PHOTO STUDIO

Picsart adalah aplikasi yang paling disukai. Sebab banyak sangat tools yang disediakan. Filters apps ini juga sangat banyak untuk digunakan. Hanya perlu rajin ‘bereksperimen’ dengan tools dalam apps itu. Filter yang selalu guna adalah HDR sebab menjadikan warna dalam gambar kita nampak lagi terang almaklumlah guna kamera hp yang biasa2.

 

Antara hasil yang di edit oleh. Boleh nampak perbezaannya. Gambar yang gelap boleh jadi cerah dengan CR sekali jadi kulit cerah (padahal jenis kulit gelap). Filter picsart ini sangat-sangat membantu menjadikan gambar cantik.

Yang ini pulak hasil edit untuk header blog,cover photo facebook dan macam2 lagi. Bila edit header atau logo, gunakan sticker yang dah ada dalam picsart ni. Tapi perlu rajin ‘explore’ bagi mendapatkan gambar sticker yang cantik. Kalau nak lagi advance dalam mengedit gambar guna picsart boleh tengok tutorial di Facebook dan youtube. Dan kalau anda hebat dalam ‘design-design’ ini memang boleh buat duit.

2. VSCO

VSCO pula sangat disukai kerana filter gambarnya. VSCO mempunyai banyak filter untuk menjadikan gambar nampak lagi menarik dan cantik. Filter yang ditawarkan juga ada yang percuma dan ada yang perlu dibayar. Yang percuma pun dah sedia cantik filternya. Di facebook dan youtube ada tutorial bagaimana nak cantikkan gambar.

 

Hasil vsco. Banyak perbezaannya kan.

 

3. SNAPSEED

 

Snapseed sangat sesuai untuk edit gambar yang berbentuk promosi barang dan ‘quote-quote’ yang menarik. Snapseed memang menyediakan template berbentuk bulatan. Hanya tinggal edit sahaja perkataan apa yang kita mahu letak dan style yang mane. CR selalu edit gambar-gambar background cantik dan di hiasi dengan ayat-ayat yang menarik.

 

Hasil edit guna Snapseed

 

Sekian sahajalah perkongsian kami pada kali ini. Semoga info ini bermanfaat untuk anda.
SGMS Putri