Categories: TECH

7 Cara Mengurangkan Storage iPhone

Guna iPhone pun ‘storage’ masih penuh , ikuti cara ini untuk membantu anda mengurangkan storage iPhone anda :

  1. BACKUP FILE
    Anda boleh backup file anda melalui aplikasi seperti OneDrive, DropBox, Google Drive, iCloud, iTunes dan delete file yang telah di backup di iPhone anda. Jadi, ruang storage lebih banyak!
  2. EXTERNAL STORAGE
    Gunakan iFlash Device sebagai external backup file-file anda seperti Gambar, Video & lain2 yang sudah lama bagi memudahkan penyimpanan file-file yang akan datang.
  3. CLEANING MEMORY
    Buat Cleaning Memory, Sekurang-kurangnya seminggu sekali : Delete Gambar, Video, Music yang rasa dah tak guna atau tak penting.
  4. CLEANING APPS
    Delete Aplikasi anda rasa tak guna & bosan. Sebagai contoh, kalau dah main game sampai 5 minit dah bosan, saya galakkan anda terus delete dari terlupa untuk delete & memakan storage iPhone anda.
  5. SET KAMERA
    Jika anda menggunakan Mode HDR pada kamera anda, secara automatiknya kamera akan menghasilkan 2 gambar HDR & Non-HDR, ianya memakan storage anda. Jadi, set : Setting – Photo & Camera – Diselect “Keep Normal Photo” supaya mengelakkan anda mengambil 2 gambar serentak.
  6. CLEAR SEARCH HISTORY
    Ya mungkin ianya nampak kecil tapi anda tak tahu dah berapa banyak memory yang anda sudah gunakan dalam browser history anda. Untuk clean, Pergi ke : Setting – Safari -“Tap” Clear History & Website Data.
  7. APLIKASI WHATSAPP
    Mungkin ramai yang mempunyai “WhatsApp Group”. Jadi kalau dah ramai dalam group mestilah ramai yang sent gambar & video yg kita pun kadang-kadang taknak tengok & ianya adalah penyebab utama storage kita makin bertambah tanpa sedar. Jadi penyelesaiannya adalah : Pergi ke Whatsapp – Menu Button – Setting – Data Usage – Media Auto-Download “Turn to off”.

Sumber: theskop.com

SGMS Enal