Apple Inc Rancang Tamat Keluaran iPhone X

Mereka yang berminat mengumpul telefon pintar iPhone pasti tidak sabar menanti pelancaran tiga lagi model terbaharu yang bakal dikeluarkan Apple Inc tahun ini.

Seperti lazimnya,  setiap tahun Apple Inc akan memilih bulan September untuk pelancaran jenama terbaharunya namun tahun ini ia mungkin berlaku lebih awal.

Ketiga-tiga peranti itu  merupakan telefon pintar dinaik taraf tetapi mempunyai saiz sama seperti iPhone X termasuk  sebuah model mampu milik.

Menurt sumber yang dipetik dari Bloomberg,  peranti berkenaan  direka dengan skrin lebih besar berbanding telefon keluaran pesaingnya sekarang.

Namun, laporan  terbaharu dari Korea menyebut dengan kehadiran iphone terbaharu itu,  Apple bakal menghentikan pengeluaran iPhone X memandangkan peranti itu tidak membantu melonjakkan penjualan telefon pintarnya. Kemungkinan ia disebabkan harganya yang tinggi.

Jualan telefon pintar global merosot 0.1 peratus tahun lalu malah jualan semua model iPhone hanya berkembang 1.9 peratus sahaja.

Jadi dengan menghentikan pengeluaran iPhone X apabila munculnya model terbaharu mungkin dilihat sebagai langkah terbaik bagi menangani kemerosotan jualan telefon pintar seluruh dunia.

SGMS Fas