Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Stress Di Pejabat? Cuba kunyah ini!

Arghhhh…stressnya! Boss minta time tu juga, si A pula minta tolong settlekan kerja dia sebab Emergency Leave, Ish, cukup ke masa ni? Stress betul harini!

Bawa bertenang wak! Semua masalah ada penyelesaiannya. Kami faham korang yang bakal berdepan dengan deadline, overload kerja dan target tak sampai, pasti tertekan dibuatnya. Apa kata sambil menghabiskan kerja korang, boleh cuba dapatkan makanan seperti di bawah untuk membantu kurangkan sikit tekanan di pejabat…

  1. Kekacang

Kurangkan tekanan dengan makan kekacang seperti badam, pistachio dan walnut yang kaya dengan vitamin B, E dan Zink. Ia dapat meningkatkan sistem imunisasi, meredakan tekanan darah dan mengurangkan tekanan pada jantung. Korang juga boleh tambahkan kekacang dalam menu seperti salad!

  1. Coklat Gelap

Black Choc berupaya mengurangkan hormon tekanan kita. Dalam coklat terkandung gula (karbohidrat), ia mengeluarkan hormon serotonin yang membuatkan mood kita bertambah baik.

  1. Oat

Oat juga meningkat hormon serotonin yang menghindarkan kita dari tekanan. Oat mempunyai serat tinggi dan lambat untuk dicerna. Anda boleh manambah bahan lain dalam menu oat anda antaranya madu yang boleh meningkat sistem imunisasi atau tambahkan kekacang.

  1. Teh

Dengan menghirup teh panas dapat melegakan tekanan dengan cepat. Minumlah teh seperti teh hijau, teh herba, teh halia atau teh pudina kerana teh boleh menenangkan sistem saraf dan penghadaman. Cuba teh untuk lebih tenang!

  1. Yogurt

Yogurt kaya dengan kalsium, protein serta probiotik yang sesuai jika anda sedang menjaga badan. Probiotik membantu mewujudkan sistem pencernaan yang sihat dan tenang. Anda boleh tambah buah-buahan segar dalam yogurt anda, seperti blueberry yang kaya dengan antioksida.

  1. Minum Air Kosong

Ini paling senang! Minum segelas air kosong dan pergi ambil angin di luar seketika. Apabila badan mengalami dehidrasi boleh menyebabkan keresahan. Jadi banyakkan minum air kosong ya?

SGMS Faida