Wow…Ayunya Bila Dua Lipa Berhijab

Manisnya bila Dua Lipa bertudung dan berjubah! Dalam satu gambar yang dimuatnaik memerusi laman sosialnya, penyanyi British ini dilihat mengunjungi ke Emiriah Arab Bersatu.

Penyanyi popular dengan lagu Scared To Be Lonely yang ketika ini dalam siri konsert jelajahnya sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sana.

Dalam kemaskini menerusi laman Instagramnya, Dua Lipa berkesempatan melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

“ Sebelum persembahan kami di Abu Dhabi, kami melawat ke sebuah masjid yang paling cantik sekali di sini.

“ Ini merupakan satu penghormatan buat kami, terima kasih,” tulisnya.

Penyanyi berketurunan Albania itu turut berkongsi beberapa keping gambar masjid ketiga terbesar di dunia itu.

Sebelum ini, ada laporan memberitahu Dua Lipa seorang Muslim memandangkan ibu-bapanya berasal dari Kosovo.

Memang cantik awak bertudung, Dua Lipa! Berbeza sungguh dengan penampilan seksi di pentas.

Dua Lipa juga bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 3 Mei ini. Tak sabar pula kami nak tonton dia secara live. Wehoooo!

SGMS Faida