Telefon pintar Asus ZenFone 5Z dilihat sudah mula disenaraikan dalam gedung dalam talian rasmi Asus Malaysia.
Perkhabaran mengenai model flagship Asus itu memasuki pasaran dalam negara sudah bertiup lebih sebulan yang lalu dimana ia telah terlihat pada pengkalan data SIRIM dengan menggunakan nombor model ZS620KL.
Terbaru, ia didapati telah mula dipaparkan pada gedung rasmi dalam talian Asus Malaysia di Lazada bersama tanda harga RM 1899.
Ini mungkin kesilapan dari pihak Lazada kerana mereka mungkin terlebih dahulu memaparkan peranti ini beserta harga. Walaupun sudah tersenarai di Lazada, ia masih belum boleh dibeli tetapi anda boleh meletakkanya di Wishlist dan notifikasi akan diberikan apabila ia mula ditawarkan secara rasmi.
Melihat kepada spesifikasi yang ditampilkan, agak berbaloi untuk memiliki pada harga dibawah paras RM2000. Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Asus Malaysia.
Sumber: Asus Official Store Lazada
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda