Categories: TECHTech News

Bina Kata Laluan Paling Kukuh Dengan 4 Langkah Selamat Ini

“Pastikan kata laluan yang dimasukkan kukuh” – Mesti korang biasa nampak arahan ni bila nak daftar apa-apa laman web atas talian kan? Tapi, ramai ke yang ikut?

Tahu tak, kalau korang tak guna kata laluan yang betul-betul kukuh, peluang untuk akaun korang dicuri adalah lebih tinggi! Bukan tu je, kalau akaun korang dah dicuri, segala maklumat sulit korang penggodam boleh akses. Bahaya tau!

Jadi, jom ikut 4 langkah selamat ni dalam menghasilkan kata laluan yang betul-betul kukuh bagi menyukarkan penggodam atau penjenayah siber menggodam akaun kita…

  1. Jumlah minimum kata laluan perlulah sekurang-kurangnya 12 aksara

Korang wajib pilih kata laluan yang panjang, bukan sekadar 2-3 huruf, tak kukuh tu! Senang sangat orang nak godam! Memang tiada minimum kepanjangan kata laluan, tapi korang cuba bina antara 12-14 aksara. Lebih panjang kata laluan, lebih bagus.

  1. Masukkan nombor, simbol, huruf besar dan kecil

Gunakan gabungan pelbagai jenis karakter bagi menjadikan kata laluan korang susah untuk diteka. Gunakan simbol, nombor dan sebagainya, tapi pastikan korang senang ingat!

  1. Pastikan ia bukanlah perkataan atau kombinasi dari kamus

Elakkan perkataan dari kamus yang biasa orang guna atau gabungan beberapa perkataan yang senang diteka contohnya, house atau red house. Kalau ia hanya satu perkataan je, memang senang diteka. Jika kombinasi yang biasa kita guna dalam aktiviti harian, ia lebih bahaya!

  1. Tidak bergantung pada substitusi yang senang diteka

Jangan gunakan substitusi yang biasa orang guna atau mudah diteka. Contohnya, H0use. Mungkin korang rasa dengan menukar ‘o’ dengan ‘0’ orang susah nak teka, tapi percayalah, ia boleh diteka kurang dari 10 saat…

Apa kata korang cuba gabungan seperti ‘BigHouse$123’ yang sememangnya cukup syarat dalam menghasilkan kata laluan paling kukuh. Ia mempunyai 12 aksara termasuklah huruf besar, huruf kecil, simbol dan beberapa nombor. Tapi ini sekadar contoh ya. Ketara sangatlah kalau korang guna!

Jadi, macam mana? Dah ada kata laluan paling kukuh setakat ni? Sediakan payung sebelum hujan, sediakan kata laluan paling kukuh supaya tak digodam! Elakkan jadi mangsa godam seterusnya di alam maya okay!

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal