Categories: HiburanSelebriti

Tak Sampai 48 Jam, Akaun Anak Pasangan Selebriti Popular Ini Cecah Lebih 84,000 Pengikut

Baru dua hari diwujudkan, akaun Instagram anak pasangan selebriti popular kini mencecah lebih 84,000 pengikut! Wow, hebat penangan si comel ini.

Anak pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti bernama Dariya Inara ini bertambah setiap minit.

Buat masa ini, Jep dan Sari Yanti baru saja berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Dariya dan mendoakan agar permata hati Jep dan Sari ini dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi anak solehah satu hari nanti.

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

SGMS Faida