Categories: TECHTech News

BUAT PEMBAYARAN DARI PERGELANGAN TANGAN!

Sejak mula diperkenalkan 10 tahun lalu, peneraju pengeluar peranti boleh pakai, Fitbit mendapat sambutan hangat sehingga mencecah jualan lebih 70 juta peranti di 65 buah negara seluruh dunia.

Melihat pada populariti kepenggunaannya, Fitbit sentiasa mencari pembaharuan dalam  meningkatkan teknologinya agar seiring dengan kehendak pengguna masa kini.

Terbaharu, peranti wearable nombor satu di dunia ini merancang melancarkan aplikasi pembayaran mudah alih yang dikenali sebagai Fitbit Pay di Malaysia.

Menurut petikan berita Harian Metro, Pengurus Negara Fitbit Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Louis Lye memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siri perbincangan dengan beberapa institusi kewangan negara khususnya bank tempatan bagi melaksanakan sistem pembayaran mudah alih melalui Fitbit Pay.

Kata Louis Lye, kajian mendapati pembayaran secara mudah alih semakin meningkat di kalangan umum. 

Jadi kami berharap dapat melancarkan Fitbit Pay tahun ini,” tambah Louis Lye  sambil mengalu-alukan mana-mana bank yang berminat untuk menyertai kemudahan  aplikasi pembayaran tersebut.

Bagus juga ada pilihan begini kan?

Tak perlulah lagi meredah kesesakan lalu lintas dan beratur panjang di kaunter bank bagi  urusan kewangan selepas ini, sebab semuanya sudah boleh dilakukan di hujung jari atau lebih tepat di pergelangan tangan bagi mereka yang memakai Fitbit!

 

 

SGMS Fas