Categories: TECHTech News

Cara Menyekat Laman Sesawang Lucah Pada Peranti Pintar Anak Anda

Peranti pintar sekarang bukan sahaja digunakan oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga pandai menggunakannya. Walaubagaimanapun, kita haruslah mengawasi penggunaan mereka apatah lagi banyak laman sesawang lucah yang boleh memberikan kesan negatif kepada anak anda.

Dilema yang selalu dihadapi oleh ibubapa yang membenarkan anak-anak menggunakan peranti pintar, iaitu risiko untuk mereka melayari laman sesawang yang berbaur lucah.

Bagi aplikasi Youtube, mungkin sudah ramai yang tahu caranya berbanding laman sesawang. Berikut kami kongsi cara mudah untuk menyekat laman lucah pada peranti pintar. Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali, klik pada sambungan Wifi yang sudah di sambung.

Pilih menu Advanced options

Tukar Mod DHCP kepada mod Static

Manakala pada bahagian IP Address anda boleh sahaja menggunakan kod berikut atupun pilih diantara 100 ~ 200 pada tiga nombor terakhir, sebagai contoh kami gunakan kod 129. Kemudian klik pada menu Save, selesai.

Maka dengan itu setiap laman lucah yang dibuka akan terus disekat aksesnya.

Kepada yang bermasalah untuk menggunakan teknik manual seperti diatas, boleh sahaja gunakan cara DNS Changer seperti berikut.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi berikut terlebih dahulu.

Buka aplikasi tersebut dan masukkan tetapan seperti berikut dan tekan pada tombol Start, selesai.

Sebenarnya ada banyak lagi kod DNS untuk menyekat laman seawwang berbaur lucah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat cari pada google berkenaan Family DNS.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa di luar sana!

 

Kredit: wiser.my

SGMS Putri