Categories: TECH

Cara Nak Pilih Monitor

Boleh tak jelaskan dekat saya macam mana nak buat pilihan untuk monitor. Tiga cadangan ini terbaik untuk pemilihan monitor yang pembaca mahukan:

1.Kita kena tengok resolusi monitor itu terlebih dahulu
2. Untuk gaming monitor kak mona cadangkan ambik yang response rate 6ms ke bawah
3. Kalau untuk editing tu kena cari monitor yang pixel sharp ataupun anti-glare

Panduan memilih monitor ini akan membantu anda memilih monitor yang sesuai dengan keinginan anda . Kami akan menjelaskan dengan lengkap mulai dari jenis-jenis monitor, ciri-ciri utama  hingga spesifikasinya.

Kita boleh selidik  satu per satu untuk menentukan monitor mana yang cukup sesuai dengan kemahuan kita sendiri.Ok, telah senaraikan satu persatu tips bagi memudahkan anda memilih monitor untuk apa yang anda inginkan mengikut keperluan anda.

TENTUKAN TUJUAN KEGUNAAN

Monitor yang macam mana yang anda mahu gunakan? Anda perlu menjawab pertanyaan tersebut. Jika anda mampu menjelaskannya secara jelas tentang penggunaan monitor tersebut nantinya,anda berada di laman yang tepat  sekarang.

Ada beberapa pemilihan tujuan penggunaan monitor menurut kami, apa saja? Baiklah mari kita baca selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih tepat lagi.

KEGUNAAN SEBAGAI  KOMPUTER ASAS BIASA

Untuk tugasan seperti mengirim e-mail,media sosial, melayari website dan mengedit, anda mungkin tidak memerlukan monitor yang memiliki kemampuan high-performance dengan cara  yang cukup kompleks.

Anda boleh memilih dan membeli monitor yang memiliki harga sederhana murah, namun ukurannya tidak terlalu kecil. Dengan ukuran yang berkisar di  antara 23-24 inci dengan ciri-ciri Full HD mungkin menjadi pilihan monitor yang menarik untuk anda.

KEGUNAAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN

Monitor yang memiliki berbagai tujuan sebaiknya memiliki kualiti  dan pretasi yang mampu memberi kemudahan kepada tugasan seharian, seperti mendengar muzik secara langsung  atau filem, berkongsi gambardan slideshowvideo talk dan membuat dokumen-dokumen biasa.

Anda boleh mempertimbangkan untuk membeli dan memilih monitor yang memiliki teknologi LED atau IPS dengan ciri-ciri resolusi Full HD, yang mampu bekerja dengan baik untuk pelbagai kegunaan. Jika anda memilih monitor dengan ukuran layar yang besar (27 inci keatas) dengan ciri-ciri touchscreen, monitor ini  juga boleh dijadikan sebagai kegunaan kemudahan hiburan keluarga anda.

PENGGUNAAN UNTUK MULTIMEDIA/PROFESSIONAL

Bagi anda yang pekerjaannya sebagai jurugambar, pereka, penerbitan video atau berbagai lagi professional yang berkecimpung dibidang multimedia. Hal ini berarti, anda harus membeli monitor yang memiliki layar yang cukup lebar dengan ciri-ciri beresolusi Full HD, atau anda boleh memilih monitor yang memiliki resolusi Quad HD untuk reka bentuk monitor yang lebih cantik dan teliti.

Anda tidak boleh  memandang remeh teknologi IPS panel dengan warna hitam yang cukup lengkap, gabungan warna yang tepat dan mampu menampilkan sudut yang tajam.Jika anda menggunakannya untuk melakukan editing video atau filem, mencari monitor dengan response time (waktu tindakbalas) antara 5ms atau kurang.

Hal ini bertujuan untuk mengurangkan gerakan yang blur dan bayangan. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk penggunaan dual-display untuk memudahkan kerja anda, dan tentunya  melakuan dua kerja dalam satu masa.

KEGUNAAN UNTUK GAMING

Seorang gamers memerlukan monitor yang  mementingkan rekaan berukuran  minima 19 inci ke atas dan kelajuan yang  tinggi. Kami rekemenkan monitor yang memiliki ciri-ciri setidaknya resolusi Full HD, response time sekitar 5 ms atau lebih cepat, refresh rate sekitar 60Hz atau lebih dan kemampuan untuk melihat sudut sebesar 178 darjah atau lebih.

JENIS-JENIS SKRIN MONITOR

IPS

IPS (in-plane switching) monitor, monitor dengan teknologi ini mampu memberikan warna hitam yang cukup dalam dan ketepatan warna yang cukup tepat dibandingkan dengan kebanyakan monitor LED atau LCD. Memilih monitor dengan ciri-ciri ini, membuatkan  kualiti mengedit foto, pekerjaan grafik dan bermain game menjadi hebat. Monitor ini juga menawarkan sudut yang lebar, kerja yang dihasilkan cukup bagus meskipun anda tidak melihatnya dari arah depan secara langsung.

IPS Monitor

LED

LED (light-emitting diode) monitor, monitor dengan teknologi LED mampu menghasilkan gambar yang cukup berkualiti. Teknologi LED mampu menghasilkan gambar yang lebih cerah serta menggunakan tenaga yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan monitor LCS, serta teknologi LED biasanya memiliki rekaan yang lebih tipis. Monitor dalam kategori ini masih digolongkan kategori LCD, hanya mereka menggunakan teknologi LED sebagai pencahayaannya.LED

LCD

LCD (liquid-crystal display) monitor, monitor LCD mampu menghasilkan kualiti prestasi yang bagus, dengan harga yang cukup murah. Teknologi ini menggunakan Kristal cair yang diletakkan dibelakang skrin monitor, dan mereka disinari oleh sebuah teknologi bernama CCFL (cold cathode fluorescent lamps).

LCD Monitor

TOUCHSCREEN

Monitor dengan teknologi ini sangat popular untuk penggunaan home entertainment dan berbagai penggunaan. Anda dapat mengalihkan foto dengan cara menggeserkan tangan anda, memainkan game yang memiliki teknologi touchscreen dan menekan sebuah tab untuk  membolehkan anda memulakan aplikasi. Jika anda menginginkan sebuah monitor yang memiliki teknologi touchscreen, pilihlah monitor yang memiliki skrin  lebar dan cenderung frameless (tanpa bingkai).

Touchscreen Monitor

UKURAN SKRIN

Seperti  ukuran skrin TV, ukuran  skrin monitor juga diambil kira. Semakin besar ukuran skrin , maka semakin mahal pula harganya, jadi lebih baik jika anda mempertimbangkan seberapa luas ruangan anda, sebelum membeli monitor nantinya. Terdapat beberapa ukuran layar yang dijual dipasaran.

Ukuran skrin monitor

UKURAN SKRIN 20 INCI ATAU KE BAWAH

Layar monitor dibawah 20 inci ini umumnya memiliki harga yang agak berpatutan. Cukup untuk anda yang menggunakannya hanya sebagai komputer asas. Monitor pada kategori ini umumnya memiliki kualiti prestasi yang cukup bagus jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.

UKURAN LAYAR 21 – 26 INCI

Layar yang berukuran pada kategori ini umumnya sangat bagus untuk berbagai penggunaan baik  dirumah ataupun di pejabat. Untuk menonton filem dan siaran TV, bermain game atau digunakan  bagi menampilkan beberapa halaman dokumen dalam satu masa , bisa digunakan  dengan baik oleh monitor dengan ukuran ini.

UKURAN LAYAR 27 INCI – KEATAS

Monitor dengan skrin berukuran ini mampu menampilkan skrin yang cukup lebar dan amat memuaskan  untuk  menonton filem. Memilih monitor dengan ukuran ini  memang sesuai untuk anda seorang gamer dan pekerja  professional.

UKURAN WIDESCREEN DAN ULTRAWIDE

Widescreen monitor

Di abad ini hampir semua monitor bercirikan widescreen untuk menampilkan dokumen-dokumen yang bersaiz besar, untuk menampilkan beberapa aplikasi pada masa yang sama dan menjaga agar sidebar dari desktop anda tetap dapat dilihat walaupun anda sedang melayari internet atau sebarang Website.

Ukuran skrin dengan spefifikasi ini sangat tepat jika digunakan untuk menonton filem atau bermain game. Monitor widescreen ini memiliki aspek ratio sebesar 16:9 atau 16:10.

Monitor Ultrawide pertama kali dikenalkan pada tahun 2013, memiliki aspek ratio yang cukup tinggi iaitu berkisar antara 21:9. Layar berukuran ini mampu menampilkan beberapa dokumen sekaligus  atau menggunakan beberapa aplikasi pada 1 skrin.

RESOLUSI

Resolusi merupakan salah satu alasan yang dapat dipertimbangkan dalam memilih monitor. Dengan resolusi yang besar, maka ketajaman gambar juga semakin besar pula. Ini dia beberapa resolusi yang terdapat dipasaran.

Jenis-jenis resolusi layar

HD (1366 X 768) DAN HD+ (1600 X 900)

Resolusi HD dan HD+, tersedia pada monitor yang memiliki lebar skrin  sebesar 15-20 inci, dengan ukuran layar yang relatif dibawah 20 inci, teknologi ini cukup murah dan memadai.

FULL HD (1920 X 1080)

Skrin monitor yang memiliki resolusi Full High Definition (Full HD) sama dengan sebuah television yang memiliki resolusi 1080p. tampilan yang dihasilkan untuk skrin monitor dengan  Full HD sangatlah tajam dan jelas, sangat bagus untuk menyelesaikan kerja harian anda.

QUAD HD (2560 X 1440)

Teknologi Quad HD atau yang lebih dikenal dengan QHD, Wide Quad HD atau WQHD, merupakan teknologi yang memberikan prestasi  4 kali lebih hebat jika dibandingkan dengan teknologi 720p HD. Skrin ini mampu menampilkan sebuah gambar yang sangat hebat, cukup ideal untuk aplikasi-aplikasi berasaskan grafik seperti CAD, Adobe Illustrator atau Adobe Premier.

4K ULTRA HD (3840 X 2160)

Teknologi 4K Ultra HD biasa disebut dengan 4K atau UHD, 4K Ultra HD merupakan teknologi resolusi terbaik saat ini yang tersedia dipasaran. Teknologi ini mampu menghasilkan gambar yang 4 kali lebih tajam dibandingkan dengan skrin yang memiliki teknologi Full HD. Teknologi ini mampu menghasilkan gambar yang hebat.Skrin  dengan teknologi ini juga cukup bagus untuk semua jenis kerja.

SAMBUNGAN APA YANG TERBAIK UNTUK MONITOR SAYA?

Anda boleh  memastikan port dan sambungan dari monitor tersebut sebelum memilih monitor. Menyambung ke PC merupakan kaedah sambungan  standart sebuah monitor, anda boleh  menyambungkannya ke smartphone, kamera, DVD-player, camcorder atau berbagai peralatan lainnya.

Jenis-jenis sambungan untuk monitor

HDMI

Kebanyakan monitor komputer memilki teknologi HDMI, iaitu dari signal video atau audio.

DISPLAYPORT

DisplayPort merupakan sebuah penyambung yang mampu membawa signal video dan audio seperti HDMI, namun DisplayPort lebih baik untuk menampilkan setiap resolusi dan frame rate yang tinggi.

Jika sebuah penyambung HDMI yang terhubung pada monitor 4K Ultra HD mampu memainkan video dengan frame rate sebesar 30 fps, DisplayPort mampu menangani monitor yang sama dengan resolusi yang sama, namun dengan frame rate yang lebih tinggi, iaitu sekitar 60 fps. Ia menjadikan rekaan skrin monitor tamapak lebih halus, tajam dan cepat.

DVI

Penyambung  DVI mampu menghasilkan signal video yang sama dengan HDMI, namun kebanyakan sambungan DVU tidak menyertakan signal audionya. Resolusi yang ditawarkan pun agak berbeza. Terdapat beberapa jenis dari penyambung DVI mampu berada pada resolusi 1920 x 1200, dan yang lainnya mampu berada pada resolusi yang lebih tinggi.

VGA

HDMI, DVI dan DisplayPort merupakan penyambung digital, dan VGA merupakan sambungan analog. Namun, jangan diremehkan, kerana VGA mampu menampilkan resolusi dan frame rate yang cukup tinggi pula.

USB

Dengan port USB sebagai sambungan tambahan monitor anda, anda dapat menyambungkan smartphone, kamera digital, camcorder atau berbagai peralatan lainnya untuk menampilkan kertas kerja anda tanpa harus mematikan komputer.

CIRI-CIRI TAMBAHAN

Terdapat beberapa ciri tambahan mampu membuat monitor anda lebih enak untuk dinikmati, dan kami rekemenkan  monitor yang memiliki ciri-ciri tambahan berupa :

VESA MOUNTS

Jika anda merancang untuk memasang monitor anda pada dinding rumah anda dibandingkan dengan meletakkannya di meja, maka anda harus mencari monitor yang memiliki ciri khas untuk VESA. Hal ini berarti, pada setiap monitor yang anda beli terdapat sebuah lubang yang berpola agar boleh diskrukan pada dinding.

Vesa Mount

BERBAGAI CIRI-CIRI LAIN:

Webcam – videochat dengan orang jauh. Atau anda juga bisa memilihnya jika pembelajaran anda menggunakan cara video conferences.

Speakers – tidak semua monitor memiliki built-in speaker untuk video chat, melihat video, mendengar muzik dan audio.

Ergonomic – untuk sebuah monitor yang memiliki berbagai fungsi.

 

Sumber : monaliza.com.my

Rosli Ab Rahman