Wany Kecil Hati Dituduh Hipokrit?

Pelantun Menahan Rindu, Wany Hasrita memaklumkan dia bakal membintangi sebuah iklan pendek bagi produk Himalaya, tak lama lagi.

Kata penyanyi yang sedang hangat mencipta nama ini, dia melakonkan watak individu yang dibuli.

“ Dalam iklan drama pendek ini, saya melakonkan watak berkisar Cyber Bully di mana ia sebenarnya berlaku di alam realiti.

“ Kalau nak tengok saya menangis teruk, anda kena tonton drama pendek ini,” katanya ketika ditemui di rakaman Konsert Debaran Bintang Kecil RTM di MyTown Mall, semalam.

Bercerita mengenai kes buli di alam siber, Wany memberitahu dia pernah berdepan pengalaman tersebut.

“ Baru-baru ini, ada komen di media sosial yang cakap saya hipokrit. Kadang-kadang saya terfikir, individu yang komen begitu pernah tak terfikir jika dia ditempat saya, apa agaknya perasaan dia?.

“ Tetapi bila fikir balik, buat apa nak ambil hati dengan tuduhan tak berfaedah macam itu, bukan dia yang bantu saya bayar bil pun,” kata Wany positif.

Dalam perkembangan lain, Wany bakal tampil dengan single terbaru berjudul Noktah Rindu ciptaan komposer Ibnu dan Gouffran.

“ Saya juga akan tampil dengan single bersama Tajul ciptaan Aidit Alfian. Jangan lupa terus sokong lagu-lagu Wany okay?,” akhirinya.

SGMS Faida